Sunday, 11 November 2012

ANUGERAH SKRIN 2012

Selami Dunia Fantasi Kami... Itu lah tagline Anugerah Skrin tahun ni... Sebab tagline itu jugak la buat aku rasa tak sabar2 nak tengok Anugerah Skrin tahun ni... Ye lah... Nak jugak rasa masuk dalam dunia fantasi ni....

Tapi bila dah tengok.... Nan hadoooo.... Merepek-repek... Bosan giler ngan ramai2 pangacara kat atas stage... Ada Awal, Neelofa, Datuk Rahim Razali, Umie Aida dan Harun Salim Bachik juga Abon walaupun hanya keluar di skrin.... Permulaan yang meleret2 dan cukup membosankan....

Persembahan pembukaan dari Hazama n M. Nasir dengan lagu Raikan Cinta juga tidak kebabom sebagai persembahan pembuka... Dah la lagu tu lagu lama...

Idea untuk menampilkan penyampai anugerah dengan watak fairytale masing2 tu agak kreatif dan menarik... Tapi disebabkan terlalu ramai membuatkan keadaan nampak cukup serabut dan kelam kabut...

Yang menarik pun part persembahan yang menampilkan Ady Putra sebagai Putera Arjuna dan Rita Rudaini sebagai Puteri Anastasia sebagai watak utama.... Pelakon dan penyanyi untuk persembahan itu aku suka... Aku rasa cukup yang tu saja sebagai persembahan malam tu... Yang part pengacara tu tak perlu kot nak camtu... Berserabut je...

Pasal pemenang... Bagi aku sume ok je... Juri lebih arif dan tahu... Memang dorang layak menang....

Pakaian plak... Erm... Sume pun nak jadi prince princess.... Sume pun biasa2 saja kecuali Didie Alias dan kucingnya... Hehehehe... Berani sungguh makcik ni pakai baju camtu.... Ternganga jap nengok dia camtu semalam......

Keputusan penuh Anugerah Skrin 2012

1. Lakon Layar Terbaik Filem – Dain Said (Bunohan)
2. Lakon TV Terbaik – Lum Pung Hui (Di Telapak Kaki Bonda)
3. Videografi Terbaik – Aku Mahu Terbang (Neon Entertainment)
4. Laporan Khas/Berita Terbaik – Bom Jangka (Berita TV9)
5. Drama Komedi Terbaik – Elly & Apit (Red Communications)
6. Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah (Episod 1)
7. Anugerah Artis Harapan Pantene – Putri Balqis (Pelarian)
8. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella (Labour Day Special)
9. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Namron (Parit Jawa)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
11. Rancangan Hiburan Terbaik – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Lisa Surihani (Ombak Rindu)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Syafie Naswip (Songlap)
14. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)
15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (Songlap)
16. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – Dunia Tersembunyi
17. Rancangan Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu Ke 26
18. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa)
19. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
20. Pengarah Terbaik Filem – Fariza Azlina & Effendee Mazlan (Songlap)
21. Pengarah Terbaik Drama - Kabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)
22. Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre
23. Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami
24. Filem Terbaik – Bunohan
25. Drama Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda


Ni ada gambar yang aku copy dari blog orang lain....


ella jadi cinderella... manja sangat...
best la fauziah dapat didukung oleh aqasha yang hensem tu....tapi  lawak 'kemaluan' zizan jadi kontroversi...
misha as cleopatra
puteri hang li po
persembahan pembukaan oleh m.nasir dan hazama... tak best pun...
erry putra dan emma maembong... baju erry ikut tema tapi cam tak sesuai plak ngan dia...
fezrul khan.. pompuan tu tak kenal.. wife dia ke?
riz amin.. segak bergaya... baju ni sesuai dengan dia.. sebab dia tinggi kot...
emelda rosemila dan nabila huda... tak suka baju emelda.. tapi baju nabila aku sangat suka... simple dan sesuai dengan dia...

hantuuu...!!! lari...... tak sesuai dengan umur kot nak pakai camni... takut tengok...
yang ni ok... cantik dan ikut tema...
fida dengan gaya evil queen nya... tapi dia muka baik tak sesuai jadi evil...
rita rudaini.. sangat cantik...
kelas akak didie alias... siap bawak kucing... memang berani mati makcik ni...
erra fazira... cantik nya baju....

izara aishah = puteri rania... cantik...!
cinderella and the prince...
nadiya nissa... hampir tak cam muka dia... nampak lain bila make-up camtu...
sharifah shahora... boleh ngigau kalau tengok lama2.... seram...
zamarul hisham dan diana rafar... ala.. sweetnya korang 2 orang....
princess of egypt.. lagi suka tengok dia masa jadi puteri hang li po...
pierre andre... dah cam pakistan jual karpet lak aku tengok...
adik mia sara... nape baju simple sangat...? patutnya budak2 camni la comel kalau diprincesskan... ni mak2 budak lak terover princess....
sam+liyana... sangat comel... nape korang tak couple je ek...? sesuai sangat...
sheila rusly dan jinggo...



** Nape Fasha Sandha dan Fazura takde...?


Monday, 5 November 2012

CHEF IN D'HOUSE

Wah... Rezeki betul hari ni... Abang ipar aku, Alang telah dengan baik hatinya beli segala macam lauk dan masak kat rumah aku... Ini sudah bagus... Tiap2 minggu camni kan best.... Hehehehe... Boleh la adik ipar mu yang memang tak berapa rajin masak ni tenangkan fikiran sebab tak payah fikir nak masak apa....

Alang masak ikan patin masak lemak, udang kertas goreng kunyit, sayur goreng, ikan pekasam dan sambal kicap... Meleleh beb... Sume sedap2... Untungkan ada abang ipar yang pandai masak... Lagi untung kalau dapat selalu camni... Seminggu sekali pun ok dah....

Disebabkan lauk hari ni cam meriah je.... Aku makan double daripada biasa.... Diet...? Just forget about it for today.... Rugi la lauk sedap makan sikit je kan.... ;p


tu dia.... chef bz kat dapur.. aku..? syok layan propaganza... hihihi.....

sebanyak2 lauk tu ada 2 je yang aku masak... ok la tu... ada jugak kan....










** baru tau cara betul goreng udang bagi sedap dan rasa udang tu tak hilang....


CIK KELUAR WAD

Alhamdulillah... Cik dah keluar wad hari ni selepas seminggu check in kat HUSM... Doktor dah sahkan yang cik tiada TIBI... Cuma ada jangkitan kuman yang tidak merbahaya.... Tapi disebabkan faktor usia membuatkan cik nampak macam sakit sangat....

Semoga cik akan bertambah2 sihat... Amin....

gambar masa kat dalam wad....








** teringat perasaan hepi dan lega bila boleh keluar wad masa kena denggi tahun lepas....


MILLE CREPE LA PULAK

Selepas percubaan membuat durian crepe menjadi.... Tetiba semangat plak nak buat mille crepe... Boleh la bagi Mr. Hubby rasa... Durian crepe tak boleh bagi dia rasa sebab dia alah ngan durian....

Mille crepe ni pun sama gak dengan durian crepe.. Cuma kena sabar sikit lah sebab kena buat crepe banyak2.. Kena buat nipis2 lak tu.... Aku try buat sikit je dulu... Takut tak jadi..... Tapi nasib baik menjadi dengan jayanya...

Filling dia aku letak nutella je sebab malas nak buat krim kastard... Nutella tu manis so jadi agak muak juga la makan mille crepe aku ni... Lenkali kena gak buat krim kastard tu.....

Yang pentingnya Mr. Hubby kata sedap... Kembang akak tau....!!


adunan untuk crepe...

punya susah nak dapat crepe yang nipis dan cantik... again, tangan tak berseni....

crepe yang dah siap... boleh la....

hasilnya... tadaa... cantik tak...?? :p


Ni resepi untuk mille crepe ni... Juga dari blog fromintankitchen.blogspot.com


MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM CUSTARD

CREPE
By : Elaine's

140gm tepung kek ~ Self Raising Flour
20 gm tepung jagung
80 gm gula caster
500 ml susu segar / susu cair
30 gm butter ~ dicairkan
4 biji kuning telur
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Dalam satu bekas satukan tepung kek , tepung jagung dan garam. Kemudian diayak
Masukkan 1/2 daripada susu kedalam adunan tepung dan gaul rata sehingga ia licin dan tak berketul-ketul
Dalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula dan baki 1/2 susu tadi
Kacau rata hingga sebati
Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi adunan yang licin
Tambahkan butter yang telah di cairkan dan esen vanilla
Kacau adunan hingga rata
Kemudian tapis.
Tutup bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit

Sediakan kuali leper yang tak melekat
Panaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panas
Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali
Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar.
Biarkan hingga permukaannya kering dan  lapisan bawahnya kuning keemasan
Tak perlu di balikkan
Terus angkat
*Letakkan atas pinggan dan terus tutup dengan plastik
  Setiap lapisan 1 helai plastik
  Ini bertujuan untuk memgekalkan kelembapan dan mengelakkan crepe kita kering
  Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan
* Dadar adunan senipis yang boleh.


VANILLA CREAM CUSTARD
By: Cookpad
Rujukan : Dailyclickclick

200 ml whipping cream (ita letak 550ml Non Dairy Whipping Cream Rich kotak Biru)
450 ml susu segar / susu cair
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
85 gm gula castor
4 biji kuning telur
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Untuk menyediakan custard ni kita boleh gunakan microwave atau pun kita masak atas dapur.  Hari ni saya tunjukkan cara masak atas dapur aje lah ye.

Masukkan susu segar atau susu cair ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga susu didih.
Kalau gunakan microwave panaskan susu selama 3 minit. 
 
Angkat dari dapur dam masukkan tepung dan tepung jagung.
Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licin
Kemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.
Kalau guna microwave, keluarkan daripada microwave  dan tambahkan tepung dan tepung jagung.
Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licin
Kemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.
 
Kemudian tambahkan kuning telur dan esen vanilla, kacau rata.
Letakan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan  kacau hingga ia meletup-letup.

Untuk yang menggunakan microwave, tambah kuning telur dan esen vanilla, kacau rata kemudian masukkan semula dalam microwave dan masak semula selama 3 ~ 5 minit lagi


Angkat dari api dan tambahkan butter, secubit garam dan esen vanilla
Kacau hingga ia menjadi adunan yang licin.
Kalau adunan tak licin dan berketul, tapis untuk mendapatkan hasil cream yang licin

Kalau guna microwave sama jugaklah prosesnya seperti di atas.
Kemudian biarkan castard kita ni benar-benar sejuk sebelum kita campurkan dengan whipping cream.

 Dalam mangkuk pemutar, putarkan whipping cream hingga kental ~ bertanduk
Tuangkan adunan whipping cream ke dalam castard dan kaup balik adunan hingga sebati.

Jika menggunakan Whipping Cream Rich kotak Biru seperti di atas, campurkan sekali dan terus putar hingga mengental dan menjadi adunan cream yang licin.


Letakkan sekeping crepe kita tadi

Selepas tu kita sapukan cream custard kita tadi atas crepe dan ratakan.
Kemudian kita letakkan sekeping lagi crepe kita tadi di atas cream custard
Tekan-tekan sikit atasnya supaya cream di bawah rata



Begitulah yang harus kita lakukan proses berselang seli yang sama hingga habis crepe kita tadi.
Simpan dalam peti ais supaya cream mengeras

* Sebelum masukkan dalam peti ais balut dahulu kek kita dengan plastik supaya crep tidak kering
Selepas tu barulah kita deco kek kita tadi mengikut creativiti masing-masing.




** minggu ni minggu rajin nak try resepi baru.....


DURIAN CREPE KU

Akhirnya menjadi jugak aku buat durian crepe walaupun tidak lah cantik... Maklumlah tangan tak berseni.... Yang penting sedap ok.... Nanti nak buat lagi la... :D



durian jangan lupa... bahan penting ni....

campurkan sume bahan untuk buat crepe nya....

dah siap adunan untuk crepe...

crepe yang dah siap.....

isi durian yang telah dihancurkan....

whipping cream...

sedia untuk menggulung....

hasilnya... memang buruk...!! nasib baik sedap...



Ni resepi yang aku amik dari blog fromintankitchen.blogspot.com


DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE
By : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Hesti
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau
Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis
Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.
Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya
Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin





Saturday, 3 November 2012

OH DURIAN DREPE

Sepanjang minggu ni memang aku mengidam giler dengan makanan yang satu ni.... Semua gara2 bos aku tunjuk gambar makanan ni dalam satu blog tu..... Dah tak pasal2 aku ngidam nak makan.... Dah la durian tu favourite aku... Durian crepe lak memang tengah femes sekarang ni.....

Yang lebih peliknya lagi... Aku teringin nak buat sendiri durian crepe ni.... Tetiba rasa rajin sangat nak membuat lepas tengok dia nya resepi dan cara buat dia senang sangat... Nampak la cam senang.. Buatnya tak tau la plak senang ke tak....

So tunggu apa lagi... Bahan2 sume dah ready... Jom kita memasak... Nanti kalau jadi aku update.. Kalau tak jadi tunggu aku buat sampai jadi baru aku update... :))


sedapnya...





** Mr. Hubby alah dengan durian... Bau pun dah sakit kepala... Sian dia terpaksa gak tahan sebab bini dia ni nak sangat buat durian crepe ni.... Sori ye lalink.... ;)


Tuesday, 30 October 2012

PERLU KE....?

Dah siap sidai baju... Nak sambung update sikit lagi.... Pasal hati aku yang sentap ni... Hehehe.. Ayat tak bleh blah....

Tapi memang betul... Sentap sangat rasa... Selalunya agak susah aku nak sentap menyentap ni tapi kali ni entah lah... Tetiba emo terlebih... Sampai hari ni masih terasa lagi kesentapannya....

Nak cite banyak pun kan orang lain plak sentap lebih... Tapi memang rasa dipermainkan.. Perlu ke nak tipu2 kalau nak buat benda elok... Bukan orang lain pun kan (atau mungkin dia memang anggap aku orang lain kot)... Kalau pun tak nak aku tau cakap je la RAHSIA.. Perlu ke nak mereka cite segala bagai... Konon surprise.... Owh... Memang surprise sangat...

Ingat aku nak kisah ke kalau aku tau pun... Hahaha.. Takde maknanya... Its all up to u.. Takde efek apa pun kat aku... So... Perlu ke...? Motif....? Serius tak faham.....








** Ingat artis je suka rahsia2 ni....