Mille crepe ni pun sama gak dengan durian crepe.. Cuma kena sabar sikit lah sebab kena buat crepe banyak2.. Kena buat nipis2 lak tu.... Aku try buat sikit je dulu... Takut tak jadi..... Tapi nasib baik menjadi dengan jayanya...
Filling dia aku letak nutella je sebab malas nak buat krim kastard... Nutella tu manis so jadi agak muak juga la makan mille crepe aku ni... Lenkali kena gak buat krim kastard tu.....
Yang pentingnya Mr. Hubby kata sedap... Kembang akak tau....!!
adunan untuk crepe... |
punya susah nak dapat crepe yang nipis dan cantik... again, tangan tak berseni.... |
crepe yang dah siap... boleh la.... |
hasilnya... tadaa... cantik tak...?? :p |
Ni resepi untuk mille crepe ni... Juga dari blog fromintankitchen.blogspot.com
MILLE CREPE WITH VANILLA CREAM CUSTARD
CREPE
By : Elaine's
140gm tepung kek ~ Self Raising Flour
20 gm tepung jagung
80 gm gula caster
500 ml susu segar / susu cair
30 gm butter ~ dicairkan
4 biji kuning telur
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
Dalam satu bekas satukan tepung kek , tepung jagung dan garam. Kemudian diayak
Masukkan 1/2 daripada susu kedalam adunan tepung dan gaul rata sehingga ia licin dan tak berketul-ketul
Dalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula dan baki 1/2 susu tadi
Kacau rata hingga sebati
Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi adunan yang licin
Tambahkan butter yang telah di cairkan dan esen vanilla
Kacau adunan hingga rata
Kemudian tapis.
Tutup bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit
Sediakan kuali leper yang tak melekat
Panaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panas
Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali
Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar.
Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasan
Tak perlu di balikkan
Terus angkat
*Letakkan atas pinggan dan terus tutup dengan plastik
Setiap lapisan 1 helai plastik
Ini bertujuan untuk memgekalkan kelembapan dan mengelakkan crepe kita kering
Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan
* Dadar adunan senipis yang boleh.
VANILLA CREAM CUSTARD
By: Cookpad
Rujukan : Dailyclickclick
200 ml whipping cream (ita letak 550ml Non Dairy Whipping Cream Rich kotak Biru)
450 ml susu segar / susu cair
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
85 gm gula castor
4 biji kuning telur
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
Untuk menyediakan custard ni kita boleh gunakan microwave atau pun kita masak atas dapur. Hari ni saya tunjukkan cara masak atas dapur aje lah ye.
Masukkan susu segar atau susu cair ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga susu didih.
Kalau gunakan microwave panaskan susu selama 3 minit.
Angkat dari dapur dam masukkan tepung dan tepung jagung.
Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licin
Kemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.
Kalau guna microwave, keluarkan daripada microwave dan tambahkan tepung dan tepung jagung.
Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licin
Kemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.
Letakan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan kacau hingga ia meletup-letup.
Untuk yang menggunakan microwave, tambah kuning telur dan esen vanilla, kacau rata kemudian masukkan semula dalam microwave dan masak semula selama 3 ~ 5 minit lagi
Angkat dari api dan tambahkan butter, secubit garam dan esen vanilla
Kacau hingga ia menjadi adunan yang licin.
Kalau adunan tak licin dan berketul, tapis untuk mendapatkan hasil cream yang licin
Kalau guna microwave sama jugaklah prosesnya seperti di atas.
Kemudian biarkan castard kita ni benar-benar sejuk sebelum kita campurkan dengan whipping cream.
Dalam mangkuk pemutar, putarkan whipping cream hingga kental ~ bertanduk
Tuangkan adunan whipping cream ke dalam castard dan kaup balik adunan hingga sebati.
Jika menggunakan Whipping Cream Rich kotak Biru seperti di atas, campurkan sekali dan terus putar hingga mengental dan menjadi adunan cream yang licin.
Letakkan sekeping crepe kita tadi
Selepas tu kita sapukan cream custard kita tadi atas crepe dan ratakan.
Kemudian kita letakkan sekeping lagi crepe kita tadi di atas cream custard
Tekan-tekan sikit atasnya supaya cream di bawah rata
Begitulah yang harus kita lakukan proses berselang seli yang sama hingga habis crepe kita tadi.
Simpan dalam peti ais supaya cream mengeras
* Sebelum masukkan dalam peti ais balut dahulu kek kita dengan plastik supaya crep tidak kering
Selepas tu barulah kita deco kek kita tadi mengikut creativiti masing-masing.
** minggu ni minggu rajin nak try resepi baru.....
No comments:
Post a Comment