Sunday, 11 November 2012

ANUGERAH SKRIN 2012

Selami Dunia Fantasi Kami... Itu lah tagline Anugerah Skrin tahun ni... Sebab tagline itu jugak la buat aku rasa tak sabar2 nak tengok Anugerah Skrin tahun ni... Ye lah... Nak jugak rasa masuk dalam dunia fantasi ni....

Tapi bila dah tengok.... Nan hadoooo.... Merepek-repek... Bosan giler ngan ramai2 pangacara kat atas stage... Ada Awal, Neelofa, Datuk Rahim Razali, Umie Aida dan Harun Salim Bachik juga Abon walaupun hanya keluar di skrin.... Permulaan yang meleret2 dan cukup membosankan....

Persembahan pembukaan dari Hazama n M. Nasir dengan lagu Raikan Cinta juga tidak kebabom sebagai persembahan pembuka... Dah la lagu tu lagu lama...

Idea untuk menampilkan penyampai anugerah dengan watak fairytale masing2 tu agak kreatif dan menarik... Tapi disebabkan terlalu ramai membuatkan keadaan nampak cukup serabut dan kelam kabut...

Yang menarik pun part persembahan yang menampilkan Ady Putra sebagai Putera Arjuna dan Rita Rudaini sebagai Puteri Anastasia sebagai watak utama.... Pelakon dan penyanyi untuk persembahan itu aku suka... Aku rasa cukup yang tu saja sebagai persembahan malam tu... Yang part pengacara tu tak perlu kot nak camtu... Berserabut je...

Pasal pemenang... Bagi aku sume ok je... Juri lebih arif dan tahu... Memang dorang layak menang....

Pakaian plak... Erm... Sume pun nak jadi prince princess.... Sume pun biasa2 saja kecuali Didie Alias dan kucingnya... Hehehehe... Berani sungguh makcik ni pakai baju camtu.... Ternganga jap nengok dia camtu semalam......

Keputusan penuh Anugerah Skrin 2012

1. Lakon Layar Terbaik Filem – Dain Said (Bunohan)
2. Lakon TV Terbaik – Lum Pung Hui (Di Telapak Kaki Bonda)
3. Videografi Terbaik – Aku Mahu Terbang (Neon Entertainment)
4. Laporan Khas/Berita Terbaik – Bom Jangka (Berita TV9)
5. Drama Komedi Terbaik – Elly & Apit (Red Communications)
6. Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah (Episod 1)
7. Anugerah Artis Harapan Pantene – Putri Balqis (Pelarian)
8. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella (Labour Day Special)
9. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Namron (Parit Jawa)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
11. Rancangan Hiburan Terbaik – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Lisa Surihani (Ombak Rindu)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Syafie Naswip (Songlap)
14. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)
15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (Songlap)
16. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – Dunia Tersembunyi
17. Rancangan Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu Ke 26
18. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa)
19. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
20. Pengarah Terbaik Filem – Fariza Azlina & Effendee Mazlan (Songlap)
21. Pengarah Terbaik Drama - Kabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)
22. Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre
23. Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami
24. Filem Terbaik – Bunohan
25. Drama Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda


Ni ada gambar yang aku copy dari blog orang lain....


ella jadi cinderella... manja sangat...
best la fauziah dapat didukung oleh aqasha yang hensem tu....tapi  lawak 'kemaluan' zizan jadi kontroversi...
misha as cleopatra
puteri hang li po
persembahan pembukaan oleh m.nasir dan hazama... tak best pun...
erry putra dan emma maembong... baju erry ikut tema tapi cam tak sesuai plak ngan dia...
fezrul khan.. pompuan tu tak kenal.. wife dia ke?
riz amin.. segak bergaya... baju ni sesuai dengan dia.. sebab dia tinggi kot...
emelda rosemila dan nabila huda... tak suka baju emelda.. tapi baju nabila aku sangat suka... simple dan sesuai dengan dia...

hantuuu...!!! lari...... tak sesuai dengan umur kot nak pakai camni... takut tengok...
yang ni ok... cantik dan ikut tema...
fida dengan gaya evil queen nya... tapi dia muka baik tak sesuai jadi evil...
rita rudaini.. sangat cantik...
kelas akak didie alias... siap bawak kucing... memang berani mati makcik ni...
erra fazira... cantik nya baju....

izara aishah = puteri rania... cantik...!
cinderella and the prince...
nadiya nissa... hampir tak cam muka dia... nampak lain bila make-up camtu...
sharifah shahora... boleh ngigau kalau tengok lama2.... seram...
zamarul hisham dan diana rafar... ala.. sweetnya korang 2 orang....
princess of egypt.. lagi suka tengok dia masa jadi puteri hang li po...
pierre andre... dah cam pakistan jual karpet lak aku tengok...
adik mia sara... nape baju simple sangat...? patutnya budak2 camni la comel kalau diprincesskan... ni mak2 budak lak terover princess....
sam+liyana... sangat comel... nape korang tak couple je ek...? sesuai sangat...
sheila rusly dan jinggo...



** Nape Fasha Sandha dan Fazura takde...?


No comments:

Post a Comment