Sabtu kedua dalam bulan Ramadhan aku berpeluang berbuka bersama2 dengan anak yatim di Surau Al-Husna, Fasa 12.. Surau di kawasan rumah aku duduk ni...
Ini bukan lah kali pertama aku berbuka bersama anak2 yatim.. Sebelum ni pernah jugak 2, 3 kali tapi di dalam dewan yang besar dan ramai orang.. Kali ni peluang untuk berbuka bersama mereka dengan lebih dekat buatkan aku rasa sebak...
Anak2 kecik yang berumur lebih kurang Medina telah menjadi yatim.. Mereka perlu hidup berdikari tanpa kasih sayang ibu ayah... Mereka ternyata nampak lebih matang dari usia mereka..
Melihat mereka makan, solat dan bermain benar2 buatkan air mata aku menitik ngan sendirinya tanpa dapat ditahan... Nasib baik air mata tak keluar masa bersalam, memeluk dan mencium mereka...
Terasa betapa beruntungnya kita dan anak2 kita masih punya ibu ayah... Walaupun ayah aku dah meninggal tapi adik2 aku masih dapat merasa kasih sayang ibu, kakak dan sedara mara.. Tidak seperti mereka yang terpaksa hidup berdikari di rumah anak yatim...
Aku sebenarnya memang agak sensitif kalau hal yang berkaitan dengan budak2 kecik... Dari dulu dan semakin teruk selepas jadi ibu.. Setiap kali baca berita tentang dera, rogol, culik dan bunuh anak2 kecik yang tak berdosa tiap kali tu jugak air mata ni tak boleh ditahan dari menitik... Benda lain boleh la aku nak tunjuk konon kebal dan macam takde perasaan tapi jangan yang berkaitan dengan budak2.... Memang aku kalah...
Aku doakan mereka sume terus tabah dan berjaya dunia dan akhirat...
** Yatim masa berumur 23... Al-Fatihah untuk abah... ;(
No comments:
Post a Comment