Saturday, 1 June 2013

PUTRAJAYA CRUISE + ASAP API EMBUN BERDERAI

31 Mei tarikh yang bermakna dan akan dikenang untuk sume warga PICC... Hari ni ada 2 benda yang special untuk sume yang bekerja di PICC... 2 benda yang sangat berbeza...

Sebelah pagi PICC telah bermurah hati untuk bawak sume staf naik Cruise Tasik Putrajaya... Sume excited dan happy dapat naik cruise... Aku ni walaupun dah 7 tahun lebih dok Putrajaya hari ni la 1st time naik cruise tasik... Itu pun sebab PICC yang buat aktiviti ni... Rasanya memang majoriti kot staf PICC yang 1st time naik cruise tasik hari ni...

Macam best jugak la boleh naik cruise tasik ni... Sepanjang jalan ada orang yang explain sejarah setiap binaan yang ada di kiri kanan tasik... Dapat la jugak info yang selama ini memang tak pernah amik pot...

Paling best bila dia berenti jap kat tengah2 tasik untuk bagi can sume orang amik gambar... Dorang ni apa lagi posing sakan la... Ala2 titanic pun ada...

dalam bas nadi putra.. masing2 dah tak sabar naik naik cruise





rumah harga RM2 juta

ececeh... ;p



with our bigboss

BFF berposing dalam cruise

with kapten cruise

suka gambar ni.. nampak cam kat luar negara


hantu cina...!!



Sebelah petang lak... Ni yang special sangat... Majlis perpisahan warga PICC... Ye lah kan.. PICC kan Perbadanan Putrajaya dah amik... So ramai la yang kena pindah ke ofis lain... Yang konon2 stay ni pun tak tahu lagi cne... Masih lagi menunggu...

Nama majlis ni 'Asap Api Embun Berderai'... Temanya 'Sedih Sampai Tak Ingat Dunia'... Hahaha... Tu aku yang memandai letak tema sendiri.... Ye la.. Dah kata majlis perpisahan harus la ada drama air mata...

Aku memula buat2 konon kental la kan... Tapi akhirnya habis berderai... Bila dah tengok gambar dan video lama2 tambah ngan lagu yang sedih gilerrrr mau tak berderai air mata...

Rupa2 nya PICC ni ramai gak ratu air mata... Paling teruk Ain... Dari awal majlis sampai ke habis majlis tak henti2 nangis... Rasanya karpet kat tempat dia duduk tu lencun kot ngan air mata dia... Sob sob sob....

Yang kusangkakan berjiwa waja pun tersedu sedan nangis... Aku tak tahu la apa jadi bila masing2 dah dapat surat posting... Kena siap sedia ni.. Kot banjir PICC... Huhuhuhu...

Unit aku konon2 tak nak la bersedih2 sangat... Memandangkan kami unit yang last untuk bagi ucapan perpisahan so kami decide la nak buat video gwiyomi ngan miming lagu Selamat Tinggal yang bajet lawak la kan... Tujuannya nak bagi sume orang takde la rasa sedih lagi...

Tapi nan hado... Cik Nuurul nangis masa bagi ucapan... Ingat senang nak tengok bos aku yang 'cili padi' tu nangis... Sambung plak ngan video lama iaitu video 1st aktiviti staf PICC di Melaka pada tahun 2006 yang agak sedih jugak sebab sume orang dapat imbau balik waktu mula2 kitorang sume di PICC... So sume orang nangis balik lepas pecah perut gelak kan video kitorang....

Aktiviti bergambar tak berapa nak rancak sangat sebab masing2 sibuk melayan perasaan... Ada la sikit... Nanti aku upload... Sekarang ni malas nak transfer dari kamera... Tapi kitorang ada rekod orang2 yang nangis... Itu boleh jadi kenangan paling mahal.. Nanti aku edit dan upload...

Ok la.. Mata dah tinggal separuh je yang terbuka ni... Menaip pun entah ke mana dah ni...

So chow dulu... Nak tido... Esok ada aktiviti yang lagi best nak buat.... :))

MC for the day

budak sememeh... hehehe

bigboss kusyuk teggok video...

syahdu ucapan cik sal

dah macam tengok wayang :D

ni pun nangis jugak

geng AV tapi tak cukup ahli

BFF haruslah posing bersama


**Zzzzzzzzz.......




No comments:

Post a Comment