Saturday, 22 June 2013

LUMUT + PANGKOR part1

Selepas selesai majlis tamat latihan Syazril, kami satu family teruskan plan untuk berholiday plak...

Masalahnya tak tau nak gi mana... Hahaha.. Pelik2 dorang nih.. Nak holiday tapi tak tau kat mana..

Macam2 idea dah keluar ni.. Daripada Cameron tukar ke Teluk Batik.. Last2 ke Pangkor jugak kami sume berholiday...

Alang plan nak bawak gi Cameron sebab sejuk katanya kat sana... Tapi bila bincang balik tak jadi sebab bukan ada apa sangat pun kat sana...

Pastu aku plan ke Teluk Batik.. Aku yang nak sangat gi situ sebab tak pernah gi.. Aku tengok kat Google cam cantik gak Teluk Batik tu... Sume orang pun dah setuju.. So apa lagi... Berkonvoi la kami ke sana... Jauh jugak nak sampai... Dalam sejam lebih gak ler...

Akhirnya sampai kami ke Teluk Batik... Memang boleh tahan cantik tempat dia.. Aku dah senyum sampai ke telinga dah ni... Ntah kenapa la suka sangat dapat sampai sini... Tapi tak jadi gak nak berjimba2 di sini sebab chalet penuh.. Tinggal satu je chalet.. Sah2 la tak muat untuk kami nih.. Frust lagi.. ;(

Kol Abg Chaq tanya kat mana lagi tempat menarik kat sini... Abg Chaq dulu belajar kat sini.. So banyak la tempat best dia tau... Dia cadangkan gi Teluk Rubiah... Lagi cantik dari Teluk Batik katanya...

Masalahnya kami tak jumpa cari Teluk Rubiah... Dah ikut signboard dah tanya orang tapi tak jumpa... Yang jumpanya Teluk Senangin... Cam seram plak nak berholiday kat situ... Cam dalam hutan.. Orang pun tak ramai kat situ..

Lepas dah 2 3 kali dok pusing tempat yang sama, hari pun dah makin dekat ngan senja, abah cadangkan bermalam kat Lumut je.. Esok nanti baru fikir nak gi mana... Lagipun sume dah penat...

Sampai Lumut.. Lepak cuci mata jap kat Lumut Waterfront...

Tengah lepak tu nampak la sorang auntie jual aiskrim.. Macam biasa Medina dah terloncat2 nak kan aiskrim... Aku ikutkan je sebab dah tak larat nak memujuk dia... Masa beli aiskrim tu la auntie tu beramah mesra tanya dari mana dan bermalam kat mana... Aku cakap la kitorang plan nak bermalam kat sini je.. Esok tak tau lagi mungkin jalan2 area sini je.. Tapi auntie tu cakap rugi la kalau dah sampai Lumut tapi tak gi Pangkor... Haaaa.... Macam best gak idea auntie tu...

Aku bagitau la dorang apa yang auntie tu bagitau dan tiba2 sume orang bersemangat nak gi Pangkor.. Malam tu jugak nak gi naik last ferry kol 8 malam... Ini sudah bagus.. Aku dah lama teringin nak gi Pangkor...

Selepas survey rate chalet kat sana agak mahal dan banyak yang dah penuh... Mungkin sebab nampak kami cam excited sangat nak gi kot.. Tu yang dorang mark up harga...

Last2 abah cakap kita bermalam kat Lumut ni.. Esok pagi kita g Pangkor.. Petang kita balik... Sebab kalau nak makan ikan bakar kat Lumut lagi best berbanding kat Pangkor.. Ada la orang situ2 gak bagitau abah...

Apa lagi, cari hotel la.. Dah malam dah ni.. Perut pun dah menyanyi2 ni... 2 3 kali pusing dapat la kami hotel.. Hotel Lumut Water Hill... Murah je.. Kami amik 2 bilik.. Satu bilik ada 1 double bed, RM98 dan lagi satu bilik ada 1 double bed dan 1 single bed, RM100... Bilik sebelah2 dan ada pintu yang boleh buka untuk hubungkan antara 2 bilik tu...

Bilik agak luas dan complete ngan sume kemudahan... Sangat selesa dan berpatutan dengan harga... Tiket parking pun dia bagi sekali tau..

Sebelum Zzzzz... Kami keluar makan dulu... Perut aku dah nyanyi lagu heavy metal dah ni...

Kami makan kat Restoran Ikan Bakar Lumut... Perrgghhh.. Memang terbaik makanan dia... Servis pun cepat... Harga tak sure berapa sebab yang membayarnya Alang.. Dia cuma cakap murah je... Kami order ikan pari bakar, siakap 3 rasa, sup ayam, kailan ikan masin dan telur dadar.. Paling best dia punya siakap 3 rasa... Ikan fresh dan digoreng garing... Terangkat beb... Sangat direkomenkan untuk datang ke restoran ni kalau sapa2 datang Lumut... Senang je nak cari sebab dia tepi jalan je...

Balik hotel, mandi dan sume orang Zzzz dengan lenanya.. Aku..?? Sangat excited nak ke Pangkor esok... Sampai termimpi2... Hahaha...







Cite pasal kat Pangkor dalam next entri plak...


No comments:

Post a Comment