Friday, 21 June 2013

MAJLIS TAMAT LATIHAN PRAJURIT MUDA TUDM

Tahniah untuk adik ipar aku Ahmad Syazril Mohd Sobri kerana telah berjaya menamatkan latihan sebagai prajurit muda TUDM selama 6 bulan dengan jayanya... So proud of u bro...

Selama 6 bulan berjauhan dengan keluarga menjalani pelbagai ujian akhirnya tamat la sudah... Sume dah rasa lega...

Aku memang confident yang dia memang boleh tamatkan latihan ni sebab memang dari awal dah nampak kesungguhan dia.. Memang dia warisi semangat tentera abah...

Majlis tamat latihan telah diadakan pada 15 Jun lepas kat Institut Latihan Tentera Udara (ILTU) Ipoh.. 1st experience aku datang ke event camni.. So rasa excited tu memang ada...

Kami bertolak dari Putrajaya jam 3.30 pagi... Aku tak tido tau malam tu sebab takut tak terjaga... Kang lambat lak sampai sana...

Sampai Ipoh lebih kurang kol 6 pagi.. Singgah solat n cuci muka sume terus ke ILTU... Bajet orang tak ramai lagi la.. Tapi dah hampur penuh dah tempat tu... Punya semangat sume.. Ye la kan.. 6 bulan tak jumpa ahli keluarga masing2 mesti la sume semangat lebih...

Kami dapat dok kat depan sekali.. Tu pun nasib baik adik ipar aku yang dari Penang sampai awal dan cop tempat siap2... Adik ipar aku tu sampai sebelum pagar bukak lagi... Yang ni betul2 semangat nih...

Cuaca hari tu plak betul2 menyebelahi kami sume... Redup2 je.. Takde panas membahang sangat... So kira selesa la walaupun dok bawah khemah tengah2 padang kawad tu...

Tepat kol 9 seramai 300++ perajurit muda melangkah masuk ke padang kawad dalam barisan yang amat kemas dan tersusun.. Kagum sekejap aku tengok dorang sume... Mungkin orang lain rasa cam biasa.. Tapi untuk aku ala2 jakun bab2 tentera ni rasa la cam lebih sikit kagum tu...

Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi TUDM kemudian prajurit muda menunjukkan skill kawad mengelilingi sume orang yag hadir... Tak ada satu langkah pun yang sumbang...

Teringat plak time aku dipaksa masuk petandingan kawad kaki masa sekolah dan kat poli dulu.. Walaupun training macam nak naik gila aku rasa tapi jalan tetap lemah gemalai gak.. Huhuhu.. Aku le tu.. Orang lain ok je... Dah kata tak minat kan.. Itu lah jadinya...

Lepas kawad dan penyampaian anugerah ada plak pertunjukan payung terjun, persembahan sketsa Madu 3, persembahan taek wando dan gimnastik... Adik ipar aku terlibat dalam gimnastik.. Sama cam dia wat persembahan masa ATM open day kat Kuantan hari tu...

Sekali lagi aku terlebih kagum bila tengok persembahan taek wando... 3 bata disusun dan mereka dapat memecahkan bata2 tu dengan sekali tumbukan saja... Termasuk perajurit wanita... Wow!! Hebat gak wanita2 zaman sekarang ni kan.. Walaupun badan kecik molek tapi kuat tu... Hati2 la sapa yang bakal jadi suami dorang ni nanti...

Lepas dah habis sume tu prajurit muda sume dibenarkan spend time ngan family sampai kol 3.. Tapi dok dalam tu je.. Tak leh keluar..

Memang rasa seram dan ngeri dengar adik ipar aku bercerita pasal latihan dorang... Kawad sampai habis luka tangan, minum air stokin, air seluar dalam, share 1 berus gigi ngan 300++ pelatih, minum air lombong dan macam2 lagi... Huiii... Tak sanggup aku... Dengar pun dah rasa nak uwekk...

Dan yang aku terkejut dan rasa bertambah bangga ngan prajurit wanita ni sebab latihan dorang ngan prajurit lelaki sume sama je.. Takde satu pun yang terkurang... Cne agaknya dorang ni leh tahan... Jangan nanti Medina tiba2 cakap nak ikut jejak langkah jadi tentera sudah... Mau pengsan aku...

Pape pun.. Syazril dah berjaya harungi sume tu... Selamat bercuti selama 2 minggu bermula pada 24 Jun ni dan selamat bertugas di Kinrara, Puchong pada 10 Julai nanti... Kak Wanie yakin Syazril mesti boleh lagi berjaya dalam bidang tentera ni...


ahmad syazril mohd sobri





** Pernah sembunyi kat bilik asrama sebab tak nak masuk pertandingan kawad kaki tapi kantoi dan kena denda... huhuhu....


No comments:

Post a Comment