Monday, 28 January 2013

RESTORAN TASIK IDAMAN

Semalam aku n kawan2 PICC AV CREW buat aktiviti makan beramai2 di Restoran Tasik Idaman Bangi.... Ni kali ke2 aku makan kat restoran ni... Kali pertama makan minggu lepas ngan Mr. Hubby n Alang...

Makanan kat sini boleh dikatakan sumenya sedap2... Menu utama kat sini tentunya ikan bakar.. Macam2 jenis ikan ada kat sini... Selain daripada ikan bakar pelbagai menu ala -carte ada kat sini... paling aku suka ikan masak stim halia... Memang terbaik.... Tomyam nya juga sedap... Takde pedas sangat... Sedang2 je... Harga pula memang amat berpatutan... Hari tu aku makan 3 orang... Ikan pari bakar, sup ayam, kailan ikan masin, telur dadar dan air... Total RM50... Aku rasa memang ok sangat dah harga tu...

Paling penting view restoran ni memang amat cantik.... Betul2 di tepi tasik.... Tempat paling best dan menjadi tumpuan ramai pastinya di bahagian rakit... Mana nak dapat kat restoran lain...? Selain daripada rakit terdapat juga tempat makan yang dibuat tinggi di atas... View dari atas ni mesti lagi cantik dan sesuai untuk orang yang sedang dilamun cinta... Kalau ada anak kecik tak yah nak cuba naik makan tempat tinggi2 ni... Kan jadi tragedi plak kat situ....

Menariknya lagi restoran ni sebab dihias dengan ratusan topi baseball... Penuh tersusun kemas di setiap penjuru kedai... Selain daripada tu terdapat juga puluhan kayu golf di sepanjang laluan ke rakit... Gambar2 tokei kedai dan family juga cantik menghiasi restoran ni...

Di bahagian depan ada tempat orang karoeke.. Tapi tak pasti plak kol berapa stat orang nyanyi kat situ sebab 2 kali pergi tak nampak lagi ada orang nyanyi...

Walaupun lokasinya agak tersorok tapi memang berbaloi makan kat sini... Pasti aku akan sampai di sini lagi... Dan rasanya semua orang patut cuba makan kat sini....



kat atas tu ada tempat makan...


posing tu wajib... :p

celebrate 1st birthday Iman Yusuf... Anak Jihadi...


santapan kami... ikan stim halia je belum sampai lagi...




** memang suka cuba makanan kat macam2 restoran tapi tak suka cuba masak macam2 makanan.... hehehehe... boleh camtu...??



No comments:

Post a Comment