Wednesday, 2 January 2013

KEM LATIHAN TENTERA UDARA, IPOH

Banyaknya cite yang tak sempat nak update kat blog ni.... Sepanjang minggu lepas memang agak bz.... Hari ni rasa dah agak tenang sikit...

Bermula dengan ke Ipoh hantar adik ipar ke Kem Latihan Tentera Udara, PICC Day, Dinner KoPICC, balik kampung kenduri kawin abang ipar sampai la ke hari ni hantar Medina ke tadika.... Fuuhhhh.... Marathon betul....

Ahad 2 minggu lepas 23 Disember 2012 aku, Mr. Hubby, Medina dan Alang ke Ipoh untuk hantar Syazril yang dapat last selection untuk jadi TUDM.... Bertolak jam 5 pagi... Bajet sempat sampai sebelum dia masuk daftar... Tapi tak sempat... Kami sampai 8 lebih dia kol 8 tepat dah masuk untuk daftar... So tak sempat la jumpa... Tunggu jugak sampai kol 12 kot2 dia leh keluar tapi tak boleh dah....

Mulanya terasa gak nak gi jalan2 lepas setel hantar Syazril tapi disebabkan penat dan fikir esok nak keje tak jadi... Kami terus pulang... Lagipun aku tak rasa teruja sangat nak jalan2 sebab dah pernah gi jalan2 kat Ipoh bulan 2 hari tu...

Semalam dapat kol dari Syazril... Alhamdulillah... Dia terpilih untuk menganggotai TUDM... Tercapai impian dia jadi tentera..... Dia akan kursus selama 6 bulan... Tak boleh balik n tak boleh dihubungi langsung.... Good luck ok....







** Pernah gi interview TLDM... Tapi memang tak dapat la kan... BMI tak cukup+rabun+jalan tak cukup tough katanya.....


No comments:

Post a Comment