Friday, 18 January 2013

AV FAMILY DAY 2013 : MELAKA (2ND DAY)

Hari ke2 kitorang di Melaka dimulakan dengan sarapan pagi yang sangat menyelerakan... Alif bawak kitorang gi makan kat satu kedai ni (lupa plak nama tempat tu....)... Kedai dia biasa2 je.. Takde la besar sangat... Tapi cakap je nak makan apa... Sume ada... Pelbagai jenis kuih muih, nasi lemak, roti canai, otak2, soto, mihun sup, mee bandung, satay dan macam2 lagi la... Banyak sangat kalau nak tulis... Kitorang makan sampai pecah perut.... Kenyang giler....

Lepas breakfast, balik hotel, siap2 n cek out... Aktiviti hari ni diteruskan dengan sesi jelajah bandar Melaka plak... Yang frustnya taming sari tutup la plak.. Under maintenance... Tapi aku takde la rasa frust sangat sebab dah pernah naik... :))

Aktiviti pertama adalah naik beca... RM35 satu trip... Dia berenti 3 tempat... Kat kapal besar tu, kat pokok melaka dan kat A'Famosa... Naik kat bangunan merah tu.. Lupa nama bangunan tu... Ok la... Leh la amik2 gambar... Tak yah penat2 nak jalan.... Tapi sebab rushing nak naik river cruise untuk gi makan kitorang tak sempat la nak bergambar banyak2 sangat....



sangat fancy tau beca kat melaka ni....


Kota A'Famosa...

kat belakang tu pokok melaka tapi tak nampak sangat....

Aktiviti ke2 adalah river cruise... Dia hantar kitorang ke Restoran Melayu Melaka... Tempat lunch kitorang hari ni.... Alif dah book siap2 dah... Makanan dihidangkan secara buffet dan memang sedap... Sorang dewasa RM15 dan budak 4-12 tahun RM12... Paling best sebab dia tepi sungai.... Damai rasa... Orang pun tak ramai... Boleh la menikmati makanan dengan tenang sekali... Siap ada pondok2 lagi kat bahagian depan kedai untuk santai2 masa makan dan lepas makan...


sungai melaka


Perut dah kenyang, kol river cruise datang amik... Aktiviti terakhir adalah naik duck tour... Duck tour adalah sejenis kenderaan warna kuning yang akan bawa kita jalan2 sekitar bandar Melaka bukan saja di darat tapi jugak dalam air... Memang menarik... Kenderaan ni asalnya adalah kenderaan yang digunakan semasa perang pada zaman dulu2... Tahun berapa aku tak ingat... Bab sejarah ni memang susah sikit nak masuk.... Tiket RM38 untuk dewasa, RM22 untuk budak2 2-12 tahun dan RM27 untuk 13-18 tahun.... Takut juga masa dia bawak masuk laut tu... Tapi ok je... Lama gak dia pusing, 45 minit... Tapi peliknya budak2 sume tertido masa naik duck tour ni... Dah penat kot... Mak2 n bapak2 budak je la yang terlebih excited naik benda alah ni....




Plan nak gi minum coconut shake tidak kesampaian juga sebab dah lewat... Kedai tu tutup kol 6.. Memang tak sempat la nak gi... Frust lagi.... Wawawa.....

Terus balik Putrajaya dan aku sampai umah lebih kurang kol 9 sebab lama berenti lepak, makan, solat dan mandikan Medina kat R&R Seremban... Sampai rumah terus sume pengsan tak sedar diri... Esok nak keja plak....

Itu lah trip dan family day AV tahun ni.... Plan untuk tahun depan plak.....


** Johor, Kuantan, Singapore....?



No comments:

Post a Comment