Tau apa yang aku risaukan selama 2 hari ni...? Pasal Medina....
Kisahnya, malam Jumaat hari tu sedang aku melayan cite Mati Hidup Semula kat Astro Oasis sambil suap dia makan nasi ngan telur goreng (itu je yang dia nak makan pun... ).. Tiba2 dia masuk pastu diam je.. Aku ingatkan dia dok ralit main... Tapi selepas beberapa minit masih lagi senyap takde bunyi dia main ke apa aku dah mula fikir mesti dia dok buat pape dalam bilik...
Aku pun masuk bilik dia... Menyirau darah aku tengok apa dia tengah main... Dia tengah main dengan silica gel yang dia amik dalam kotak kasut yang aku terlupa nak buang semalam... Kalau setakat main camtu je takde la aku risau sangat tapi dia dah buka benda dan main... Silica gel tu kan cam manik... Apa yang aku risakan sangat kot2 dia nampak benda tu cam sedap dan dia makan...
Panik gila kot masa tu.... Tapi aku try bertenang... Tarik nafas 2, 3 kali... Pastu aku amik benda tu dan tany aelok2 dia ada makan tak benda tu... Dia cakap tak makan... Suruh dia buka mulut... Cek semua takde plak nampak kesan2 benda tu dalam mulut dia... Yang ada hanya kesan2 nasi dan telur goreng je... Tapi aku memang risau giler la... Mana la tau kot2 dia takut nak bagitau dia makan sebab takut aku marah... Sebab tu aku tanya dengan penuh kasih sayang.. Tak nak bagi nampak aku cemas atau marah... Padahal aku memang dah gelabah biawak dah masa tu...
Aku bagi dia minum air masak banyak dan tegok kot2 dia ada muntah ke apa ke... Tapi tengok dia ok je sampai ke hari ni... Takde pape... Makan ok... Main ok... Tido ok.... Alhamdulillah sangat...
So, moral of the story... Walaupun aku dah rasa Medina cam dah besar tapi aku masih perlu extra berhati2 dengan benda2 camni... Aku pun tak tau cne dia boleh amik benda tu sebab kotak kasut tu dalam bilik aku...
macam ni la silica gel yang medina main tu |
rupa silica gel ni... macam manik... |
alhamdulillah... masih mampu senyum sampai ke saat ini... |
Tanda2 keracunan :
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T |
Rasa
loya Muntah-muntah Rasa pedih/panas seperti terbakar di bahagian mulut,perut Melepuh di bahagian bibir Sakit kepala Pening, bingung, meracau Pergerakan terhoyong-hayang, tiada koordinasi Sawan Koma atau pengsan Tidak berbafas, atau pernafasan yang perlahan Sukar bernafas Bernafas dalam-dalam dan pantas Nadi tidak menentu dan perlahan Nadi pantas Pupil mata mengembang Pupil mata mengecil Warna kebiruan di bahagian mulut Kulit merah padam Demam Kejutan |
Tindakan segera yang perlu dilakukan :
01
02 03 04 05 06 07 08 09 10 |
Buatkan mangsa keracunan
muntah melainkan jika beliau dalam keadaan tidak sedar diri atau mengalami
sawan Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air Berikan air dan susu pada ketika ini juga Jiruskan air ke bahagian mata atau kulit jka terkena racun Gunakan julap Berikan campuran satu sudu teh natrium bikarbonat dalam 1/2 gelas air Rawat kejutan Terapkan dengan air sejuk Pernafasan bantuan diberikan jika perlu |
Klik sini untuk lebih info berkenaan keracunan.....
** Selalu dengar ada sesetengah makanan yang tidak boleh diambil serentak kerana akan berlaku keracunan dalam badan... Tapi tak tahu sejauh mana kebenarannya kerana bila bertanya dengan doktor pun dorang cakap boleh... Contohnya ada sedara aku bagitau adik dia meninggal sebab keracunan gula2 hacks dengan air coca-cola...
No comments:
Post a Comment