Fakta menarik yang aku baru tahu hari ni.... Muka sebelah kiri lebih menarik dari muka sebelah kanan... Ini ikut kajian yang dibuat oleh Dr. James Schirillo dan Kelsey Blackburn...
Patut la aku rasa aku lebih elok kalau amik gambar sebelah kiri daripada sebelah kanan... Aku ingatkan muka aku yang senget... Rupanya memang betul... Pasni kalau nak posing amik gambar kena pastikan amik bahagian kiri... :))
Cuba korang plak tengok muka korang elok sebelah kiri ke kanan...?
Alhamdulillah.. Akhirnya berjaya jugak aku buat birthday party untuk si kecik kesayangan.... Tahun ni dah masuk 3 tahun umur dia... Kejap je masa berlalu... Dari umur 1 tahun birthday Medina dalam bulan puasa.. So sambutannya terpaksa dilewatkan sehingga lepas raya.... Cuma masa 1st birthday dia aku buat majlis buka puasa... Kebetulan birthday dia pada hujung minggu.... Buat kecil-kecilan je masa tu... Sebab rumah pun kecik.. Mana plak orang nak duduk makan klu ajak ramai2... Yang datang hari tu pun ada yang terpaksa berbuka kat luar rumah sebab tak muat dah nak duduk... 2nd birthday plak buat kat kampung... Boleh tahan meriahnya dengan sedara mara... Maklumlah musim raya... Tahun ni aku decided nak buat party kat rumah sendiri je... Mulanya berangan la nak buat bertema bagai... Tapi Mr. Hubby cakap kita buat sekali ngan open house raya.. So tak payah la nak bertema sangat... Tema hari raya je cukup... Adoiii... Patah hati betul dengan statement tu... Tapi aku buat gak la tema macam yang aku nak tu tapi dalam keadaan yang sangat minimal... Kek n goodies je bertema.. Yang lain2.. Nan hado.... Tunggu tahun depan la plak... Tapi macam masih dalam bulan raya je.... Hua hua hua... Aku pilih tema Shaun The Sheep sebab Medina ni memang peminat tegar Shaun The Sheep... Memang excited sangat dia tengok kek Shaun The Sheep dia tu.. Kaler plak aku pilih hitam, putih dan pink... Hitam putih sebab memang Shaun The Sheep tu kaler hitam putih.. Pink plak nak bagi nampak gegirl (well aku n pink memang tidak boleh dipisahkan...) Menu plak... Wah.. Ini part yang paling susah nak decide.... Bermacam2 menu dah keluar dari kepala ni tapi tak tau mana satu yang sesuai... Majlis buat kol 3pm onwards.. So menu nasi rasa cam tak sesuai... Last skali aku pilih mee kari sebagai main menu... Menu lain bihun sup, nasi himpit + kuah kacang, lemang + rendang ayam, bubur kacang, nugget ayam, sosej, tembikai, kuih raya, kacang, kerepek, koktel n air sirap bandung... Untuk candy buffet plak aku letak apam polkadot, coklat, gula2, marshmallow, biskut, jeli n red velvet cake... Macam banyak je kan... Aku saja pelbagaikan makanan.. Tapi semua dalam kuantiti yang sederhana je... Yang dasyatnya bihun sup tu aku buat sendiri... Dasyhat sangat kan..? Hahahaha... 1st time kot masak bihun sup dalam kuantiti yang banyak... Nasib baik sedap (alamak.. ye ke sedap ni...?) Kehadiran sangat2 memuaskan hati... Tq pada semua yang datang... Harap semua puas hati.... Cuma geram dengan 3, 4 orang kawan2 lama yang dijemput tapi tak datang... Siap korang nanti... Layankan je gambar2 masa birthday party + open house ni...
muka excited...
dah tak leh sabar nak potong kek..
red velvet cake yang sangat sedap.. tq to kak ita from guladanmentega
bilik medina jadi bilik main anak2... bagi senang mak bapak nak makan...
** Kecik2 dulu kalau celebrate birthday ma mesti buat kek sendiri...
Alhamdulillah.... Dapat bonus 1 1/2 bulan... 1/2 bulan dah bagi masa raya hari tu (dah habis dah buat shopping raya...)... 1/2 bulan akan dibayar pada Disember dan 1/2 bulan lagi pada Januari 2013...
Akhirnya dapat gak la merasa bonus 1 1/2 gaji... Selama aku keje gov sejak dari 2006... ini lah kami pertama merasa bonus 1 1/2.. Sebelum ni dapat 1 bulan... 1/2 bulan masa raya 1/2 bulan pada hujung tahun... Kalau yang bayar masa raya tu sah2 la habis buat beraya...
A very big TQ for PM... Semoga Malaysia terus maju jaya....
Sama macam tahun2 lepas... 3 kali sambutan raya di ofis... Peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM), Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) n Seksyen Pengurusan PICC... Yang paling best tentulah sambutan peringkat seksyen pengurusan PICC...
Sambutan raya JPM diadakan di Dewan Perdana PICC pada 5 Sept 2012... Meriah.. Tapi tak semeriah tahun lepas... Tahun lepas lagi grand n meriah... Tahun ni macam biasa2 je... Tapi ok la.. Makanan tetap banyak dan macam2 ada... Orang yang datang tak payah cakap la.. Memang terlebih ramai.. Cuma yang tak bestnya kebanyakkan yang datang sume standby beg... Amik makanan banyak2 pastu masuk beg... Ingat orang belakang sama kak oii....
YAB PM
Sambutan raya BIUPA plak pada 2 Sept 2012 di Bilik Bunga Raya (betul ke ni...? tak sure la...).. Sambutan biasa2 saja... Makanan not bad.... Setiap bahagian sponsor 1 jenis makanan.. PICC sponsor 1000 cucuk satay... Amik makan sampai lebam... Yang bestnya ada laksa kelantan... Lama gila tak makan... Yang menariknya sambutan raya BIUPA ni ada cabutan bertuah.. Tapi haram aku nak dapat.. Memang takde luck betul lah...
posing dulu sambil tunggu bas datang amik...
Sambutan raya yang paling ditunggu2... Sambutan raya PICC... Tahun lepas tiada sambutan so sambutan tahun ni memang terasa kemeriahannya... Paling menarik tentulah pertandingan gerai tercantik... Setiap unit diberi satu gerai untuk dihias cantik dan dihidangkan dengan menu yang paling menarik dan sedap...
Unit aku pilih untuk buat candy buffet.. Walaupun persiapan very the last minute tapi kami dapat naib johan tau... :)) Kalau nak tau cne kelam kabutnya kami membuat persiapan klik sini....
Lagi2 hari ni dalam sejarah adalah apabila aku berlakon dalam sketsa raya untuk persembahan sambutan kali ni... Wah... Boleh ke aku berlakon..? Ntah le.. Aku main belasah je... Tetiba nama naik kena jadi pelakon.. Watak utama lak tu... Jadi mak haji... Mak kepada heroin cite ni... Adoii le... Nak kata tak boleh kan dikatakan tak sporting... So.. hentam saja la labu... Rehearsal pun takde tau... Ada sekali pun macam bukan rehearsal je... Kelam kabut sebab masing2 baru nak tahu watak... Baru nak buat dialog... Dengan pelakonnya pun tak cukup... Ni kali ke2 berlakon selepas kena berlakon untuk video projek KIK... Yang ni lagi mencabar sebab LIVE ok... Hahaha... Bajet pelakon profesional gitu...
sambutan diadakan di Fine Dining aras G PICC
hampir siap...
taraa... cantik tak...?
carrot walnut cake.. sedap sangat.. sekali lagi kredit to guladanmentega
Ermm... Entah kenapa... Langsung tidak bernafsu nak dengar pembentangan bajet kali ni... Walaupun dorang kat ofis ni dah kecoh pasal bajet... Sebab..? Rasanya cam sama ngan tahun2 lepas gak... Tengok dalam paper esok je lah.. Dalam berita malam ni pun boleh tengok...
Cantik... Kacak... Sume nak jadi cantik/kacak... Sume suka orang cantik/kacak... Betul tak...? Apa sebenarnya ada pada cantik/kacak...? Penting ke cantik/kacak tu...? Macam mana yang dikatakan cantik/kacak...?
Kalau aku tanya pada 100 orang soalan tu pasti 100 jawapan yang aku akan dapat... Cantik/kacak tu subjektif... Lain orang lain citarasa ... lain pula penilaiannya tentang cantik...
Bagi aku la kan seseorang tu nampak cantik/kacak bukan hanya pada paras rupa tapi cara pembawakan diri dia itu sendiri... Kadang2 orang tu muka takde la lawa/hensem mana pun tapi bila tengok tetap rasa cantik/kacak... Cara dia dress up, cara cakap, cara senyum, cara jalan.. Sume boleh menyumbang kepada kecantikan/kekacakan seseorang tu..
Kalau orang tanya aku 'penting ke cantik/kacak tu?'.. Tentu aku akan cakap 'PENTING' tapi bukan KEUTAMAAN... Nak tau kenapa?.. Sebab sepanjang hidup aku ni aku memang nampak sume orang akan lebih cenderung kepada seseorang yang cantik/kacak.... Dulu masa sekolah orang yang cantik/kacak je mesti dapat perhatian lebih dari cikgu dan kawan2... Memang yang pandai cikgu tengok tapi kalau ada yang cantik/kacak perhatian tu mesti lebih sikit... Ramai je yang nak berkawan.. Perangai buruk sikit pun takpe.. Masing2 buat tak nampak je... Masa kat poli pun sama gak... Sume dok perhati yang cantik je... Dan aku ingatkan bila masuk keje keadaan berubah.. Tapi rupanya sama juga... Sebab tu la aku cakap cantik/kacak tu penting dan orang yang cantik/kacak sangat beruntung...
Aku perhatikan kebanyakkan kawan2 aku yang cantik/kacak memang senang dapat keje... Cantik/kacak tu macam syarat kedua selepas pencapaian akademik yang cemerlang.. Ye la.. Zaman sekarang ni setakat yang ada diploma memang melambak... Selepas tapisan akademik lulus... Tapisan kedua adalah paras rupa... Itu yang aku nampak... Orang yang kurang cantik/kacak ni kena struggle lebih daripada orang yang cantik...
Bab jodoh plak... Orang cantik memang beruntung (ni lebih kepada perempuan kot.. Lelaki selalunya selepas baik orang tengok pangkat/duit/harta.. Ye tak...?)... Tinggal nak pilih je... Rata2 lelaki (walaupun bukan semua) akan memilih orang yang cantik... Ramai je yang aku tengok dan kenal pelajaran entah ke mana... tapi sekarang hidup senang.. bisnes sana sini.. Sebab? Dapat laki kaya.. Leh sponsor buka bisnes... Cuba kalau tak cantik..? Ada orang kaya nak tengok..? Sebab tu aku kata orang cantik ni memang beruntung..
Sekarang ni kat mana2 pun mesti ada macam2 cara orang buat nak bagi
nampak cantik/kacak.. Zaman sekarang ni bukan kira perempuan ke lelaki.. Semua tajsub nak jadi cantik/kacak... Kadang2 sampai mudaratkan diri sendiri.. Operate,
cucuk, telan, minum, sapu.. macam2 lagi la... So, apa maknanya tu...?
Kalau cantik/kacak tu tak penting takde la orang sanggup cipta macam2 kaedah
semata2 untuk cantik/kacak... Betul tak?
Walaupun penting tapi bagi aku cantik/kacak bukan keutamaan... Ye la.. Kalau setakat cantik/kacak tapi takde ilmu, perangai buruk.. Tak ke mana jugak... Cantik/kacak bukan boleh tahan lama pun.. Dah tua kerepot jugak... Betul x...? So, jangan la terlalu mengharap pada kecantikan/kekacakan semata2... Penuhkan diri dengan ilmu yang secukupnya... Jaga tingkah laku.. Baru lah kecantikan/kekacakan tu ada makna....
Ada orang kata kita akan nampak cantik/kacak kalau kita sendiri rasa diri kita cantik/kacak... Ada betulnya... Macam aku, aku tak pernah langsung rasa aku ni cantik.. Kalau tetiba ada orang puji cantik dalam hati mesti kata 'dia ni perli ke apa'..
Kesimpulannya, walaupun cantik/kacak tu penting tapi jangan la terlalu taksub nak cantik/kacak sampai mudaratkan diri sendiri... Ingat penting tak semestinya menjadi keutamaan dalam hidup... Cantik/kacak tidak semestinya pada paras rupa... Banyak cara lain untuk buat kita nampak cantik/kacak... Pada orang yang memang telah dikurniakan kecantikan/kekacakan semulajadi.. Gunakanlah kecantikan/kekacakan anda ke arah kebaikan... Pada yang kurang cantik/kacak... Syukur dengan apa yang ada... Tak payah nak melalut buat macam2 cara yang bahaya semata2 untuk cantik/kacak... Belajar sayangi nyawa sendiri... Setiap orang ada kelebihan... Mungkin kurang pada paras rupa tapi ada lebih tempat lain... Cari dan tonjolkan kelebihan anda itu...
Dato' Siti Nurhaliza... antara contoh orang yang berjaya sebab cantik + kesedapan suranya itu... Sampai boleh dapat gelaran Dato'... dapat kawin ngan Datuk... bertuah badan..
nak cantik camni boleh...?
Arjun Rampal... the most handsome guy... muka, badan, suara.. haiii.. cair dibuatnya....
Layan lagu ni plak k...
** dulu masa sekolah cita2 nak jadi pakar kecantikan + pereka fesyen... Tapi keje sekarang memang jauh menyimpang dari cita2 asal...
Walaupun agak lambat tapi takpe lah... Nak post jugak... Tahun ni turn aku beraya di Penang... Ikut giliran.. Baru adil... Raya kat mana2 pun takpe.. Janji dapat raya...
Tahun ni tema warna kuning... Tapi aku, Mr Hubby n Medina je.. Entah mana silapnya tahun ni kami tak sedondon ngan family yang lain... So boleh la dikatakan tema family kami tahun ni adalah colorful...
Tahun ni berjaya beraya ke rumah sume mak n bapa sedara belah Mr Hubby... Ramai juga mak n bapa sedara dia... Jenuh juga la kami beraya... Tapi ok la... Kalau tak hari raya susah juga nak jumpa...
Raya kat Penang tak banyak beza dari raya kat Kelantan... Makanan pun lebih kurang je... Cuma yang bezanya kat sini ada soto n lodeh yang jarang dihidangkan di Kelantan... Ketupat pun sama gak... Kat penang pun femes ngan ketupat pulut tiga segi tu jika dibandingkan dengan ketupat nasi...
kuning...
our big family
lagi besar.. tapi ni baru separuh...
view sawah padi... tenang rasa...
muka terpaksa amik gambar... hehehe
medina & putri
pepel untuk raya ke2
ada gaya jadi mak datin tak...?
majlis tahlil umah pak long...
coklat di raya ke3...
BBQ umah pak ndak...
nah amik... what a weird face...
kami...
putih itu suci di raya ke4
beraya umah pak cik....
beraya sampai ke sini..
celebrate august birthday...
** lambatnya rasa nak raya haji... nak balik kelate...