Friday, 28 September 2012

RAYA 2012 DI OFIS

Sama macam tahun2 lepas... 3 kali sambutan raya di ofis... Peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM), Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) n Seksyen Pengurusan PICC... Yang paling best tentulah sambutan peringkat seksyen pengurusan PICC...

Sambutan raya JPM diadakan di Dewan Perdana PICC pada 5 Sept 2012... Meriah.. Tapi tak semeriah tahun lepas... Tahun lepas lagi grand n meriah... Tahun ni macam biasa2 je... Tapi ok la.. Makanan tetap banyak dan macam2 ada... Orang yang datang tak payah cakap la.. Memang terlebih ramai.. Cuma yang tak bestnya kebanyakkan yang datang sume standby beg... Amik makanan banyak2 pastu masuk beg... Ingat orang belakang sama kak oii....



YAB PM





Sambutan raya BIUPA plak pada 2 Sept 2012 di Bilik Bunga Raya (betul ke ni...? tak sure la...).. Sambutan biasa2 saja... Makanan not bad.... Setiap bahagian sponsor 1 jenis makanan.. PICC sponsor 1000 cucuk satay... Amik makan sampai lebam... Yang bestnya ada laksa kelantan... Lama gila tak makan... Yang menariknya sambutan raya BIUPA ni ada cabutan bertuah.. Tapi haram aku nak dapat.. Memang takde luck betul lah...

posing dulu sambil tunggu bas datang amik...










Sambutan raya yang paling ditunggu2... Sambutan raya PICC... Tahun lepas tiada sambutan so sambutan tahun ni memang terasa kemeriahannya... Paling menarik tentulah pertandingan gerai tercantik... Setiap unit diberi satu gerai untuk dihias cantik dan dihidangkan dengan menu yang paling menarik dan sedap...

Unit aku pilih untuk buat candy buffet.. Walaupun persiapan very the last minute tapi kami dapat naib johan tau... :)) Kalau nak tau cne kelam kabutnya kami membuat persiapan klik sini....

Lagi2 hari ni dalam sejarah adalah apabila aku berlakon dalam sketsa raya untuk persembahan sambutan kali ni... Wah... Boleh ke aku berlakon..? Ntah le.. Aku main belasah je... Tetiba nama naik kena jadi pelakon.. Watak utama lak tu... Jadi mak haji... Mak kepada heroin cite ni... Adoii le... Nak kata tak boleh kan dikatakan tak sporting... So.. hentam saja la labu... Rehearsal pun takde tau... Ada sekali pun macam bukan rehearsal je... Kelam kabut sebab masing2 baru nak tahu watak... Baru nak buat dialog... Dengan pelakonnya pun tak cukup... Ni kali ke2 berlakon selepas kena berlakon untuk video projek KIK... Yang ni lagi mencabar sebab LIVE ok... Hahaha... Bajet pelakon profesional gitu...

sambutan diadakan di Fine Dining aras G PICC

hampir siap...

taraa... cantik tak...?

carrot walnut cake.. sedap sangat.. sekali lagi kredit to guladanmentega

penilaian juri...

mak haji n pak haji...

berlakon sangat...!


me n lovely hubby... kami kan 1 ofis... :))
BFF forever...



hadiah kemenangan :)







** tahun depan nak lagi meriah.. boleh..?



No comments:

Post a Comment