Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Tuesday, 18 December 2012

MANUSIA BANGSAT...!!




Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar

Ibu mangsa, Nurhafiza Othman, 25 (kiri) di pekarangan rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam.















  
Alor Setar: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun mati dipercayai didera teman lelaki ibunya di Kampung Berjaya, Mergong di sini semalam.

Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, dipercayai telah meninggal dunia ketika dibawa oleh ibu dan teman lelakinya dengan kesan lebam muka dan badan serta calar di beberapa bahagian lain, ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini jam 3 petang. 


Keluarga berang 

Suasana di wad kecemasan HSB kecoh apabila keluarga Faiz berang terhadap lelaki berkenaan yang berpura-pura sakit dengan duduk atas kerusi roda dan mendakwa mangsa maut kerana terjatuh dari tangga bersamanya. 

Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata beliau terlalu sedih melihat mayat cucu yang tinggal bersamanya sejak berusia lima bulan, mati dengan kesan kecederaan pada badannya. 

Beliau berkata, Faiz sebelum ini ada mengadu dipukul teman lelaki ibunya sehingga cedera dan sering mengelak ketika ibunya yang berusia 25 tahun mengajaknya pulang ke rumah.

Mengadu dipukul Pak Tam

“Setiap kali cucu saya pulang ke rumah, dia pasti mengadu dipukul oleh ibu dan teman lelakinya hingga lebam. Dia sering minta saya mengambilnya cepat setiap kali berada di rumah ibunya. Sebelum ini, saya sudah agak perkara buruk, namun tak upaya menghalang anak saya bertemu anaknya,” katanya ketika ditemui di hospital.

Ibu saudara mangsa, Norhanisha Othman, 23, berkata Faiz pernah mengadu dipukul ibu dan teman lelakinya yang dipanggil Pak Tam beberapa kali sebelum ini, malah setiap kali pulang ke rumah neneknya di Flat Simpang Kuala, di sini ada kesan lebam di seluruh badannya.

“Kakak berpisah dengan suaminya, Iskandar Abu Bakar, 29, sejak Faiz berusia lima bulan. Sejak itu dia tinggal bersama neneknya, tetapi beberapa bulan lalu kakak kerap membawanya pulang. 

“Saya pernah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Ogos lalu selepas mendapati kesan gigitan dan lebam pada badan Faiz, dipercayai dilakukan teman lelaki kakak,” katanya.

Kesan lebam di muka

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan, V Saravanan, ketika dihubungi berkata maklumat awal mendapati ada beberapa kesan kecederaan termasuk kesan lebam di muka, bahu dan tangan mangsa. 

Katanya, polis menyiasat dari semua sudut termasuk dera hingga menyebabkan kematian, namun masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum mengklasifikasikan kes atau membuat sebarang tangkapan.

Source: Berita Harian




Mak dengan kekasih dua2 bodoh... Elok tuhan bagi otak tapi tak pakai... Kau derma je la otak kau tu kat lembu....

Kau dah tau kan jantan tak guna tu pukul anak kau tapi kau boleh buat tak tau je kan... Apa punya mak kau ni.... Bukan setakat buat tak tau kau dera dia sekali... Sebab cinta kau dah korbankan anugerah yang Allah bagi... Kau 2 orang tunggu la nasib kau kat akhirat nanti...

Aku tak tau nak cakap manusia spesis apa korang dua orang ni... Aku jangan kan nak pukul anak, nak pukul anak anjing pun tak sampai hati... 

Sekarang ni kau tak payah nak menangis segala... Dah tak guna dah pun.... Anak kau dah mati dah... Nyesal pun tak guna la setan...

Tapi ada mention kat situ mak sedara dia pernah buat report polis kan...? Habis tu polis takde buat pape tindakan ke...? Atau polis memang takde kuasa nak amik tindakan...? Nak kena tunggu budak tu mati atau koma dulu ek baru boleh amik tindakan....? Sedikit tak faham plak aku...

Nak je aku sumpah manusia2 tak guna ni jadi alas kaki... Hari2 aku boleh pijak2, renyuk2 je... Tak jaga amanah Allah bagi dengan elok... Lepas ni elok kau dua orang jadi mandul terus takde anak... Nanti dah tua elok korang merempat mati tepi jalan....



** Memang emosi terlebih kalau benda2 melibatkan budak2. Tambah2 lagi sejak dah jadi ibu ni....


Saturday, 29 September 2012

BONUS 2012

Alhamdulillah.... Dapat bonus 1 1/2 bulan... 1/2 bulan dah bagi masa raya hari tu (dah habis dah buat shopping raya...)... 1/2 bulan akan dibayar pada Disember dan 1/2 bulan lagi pada Januari 2013...

Akhirnya dapat gak la merasa bonus 1 1/2 gaji... Selama aku keje gov sejak dari 2006... ini lah kami pertama merasa bonus 1 1/2.. Sebelum ni dapat 1 bulan... 1/2 bulan masa raya 1/2 bulan pada hujung tahun... Kalau yang bayar masa raya tu sah2 la habis buat beraya...

A very big TQ for PM... Semoga Malaysia terus maju jaya....

Klik sini untuk berita penuh.. Sumber dari Berita Harian..




 ** Leh la go holiday ni.... Legoland & USS.. Wait for me...


Friday, 28 September 2012

BUDGET 2013

Ermm... Entah kenapa... Langsung tidak bernafsu nak dengar pembentangan bajet kali ni... Walaupun dorang kat ofis ni dah kecoh pasal bajet... Sebab..? Rasanya cam sama ngan tahun2 lepas gak... Tengok dalam paper esok je lah.. Dalam berita malam ni pun boleh tengok...

Nak tunggu dan lihat je...






** agak2 ada bonus tak tahun ni...??