Thursday, 27 September 2012

CANTIK KE...?

Cantik... Kacak... Sume nak jadi cantik/kacak... Sume suka orang cantik/kacak... Betul tak...? Apa sebenarnya ada pada cantik/kacak...? Penting ke cantik/kacak tu...? Macam mana yang dikatakan cantik/kacak...?

Kalau aku tanya pada 100 orang soalan tu pasti 100 jawapan yang aku akan dapat... Cantik/kacak tu subjektif... Lain orang lain citarasa ... lain pula penilaiannya tentang cantik...

Bagi aku la kan seseorang tu nampak cantik/kacak bukan hanya pada paras rupa tapi cara pembawakan diri dia itu sendiri... Kadang2 orang tu muka takde la lawa/hensem mana pun tapi bila tengok tetap rasa cantik/kacak... Cara dia dress up, cara cakap, cara senyum, cara jalan.. Sume boleh menyumbang kepada kecantikan/kekacakan seseorang tu..

Kalau orang tanya aku 'penting ke cantik/kacak tu?'.. Tentu aku akan cakap 'PENTING' tapi bukan KEUTAMAAN... Nak tau kenapa?.. Sebab sepanjang hidup aku ni aku memang nampak sume orang akan lebih cenderung kepada seseorang yang cantik/kacak.... Dulu masa sekolah orang yang cantik/kacak je mesti dapat perhatian lebih dari cikgu dan kawan2... Memang yang pandai cikgu tengok tapi kalau ada yang cantik/kacak perhatian tu mesti lebih sikit... Ramai je yang nak berkawan.. Perangai buruk sikit pun takpe.. Masing2 buat tak nampak je... Masa kat poli pun sama gak... Sume dok perhati yang cantik je... Dan aku ingatkan bila masuk keje keadaan berubah.. Tapi rupanya sama juga... Sebab tu la aku cakap cantik/kacak tu penting dan orang yang cantik/kacak sangat beruntung...

Aku perhatikan kebanyakkan kawan2 aku yang cantik/kacak memang senang dapat keje... Cantik/kacak tu macam syarat kedua selepas pencapaian akademik yang cemerlang.. Ye la.. Zaman sekarang ni setakat yang ada diploma memang melambak... Selepas tapisan akademik lulus... Tapisan kedua adalah paras rupa... Itu yang aku nampak... Orang yang kurang cantik/kacak ni kena struggle lebih daripada orang yang cantik...

Bab jodoh plak... Orang cantik memang beruntung (ni lebih kepada perempuan kot.. Lelaki selalunya selepas baik orang tengok pangkat/duit/harta.. Ye tak...?)...  Tinggal nak pilih je... Rata2 lelaki (walaupun bukan semua) akan memilih orang yang cantik... Ramai je yang aku tengok dan kenal pelajaran entah ke mana... tapi sekarang hidup senang.. bisnes sana sini.. Sebab? Dapat laki kaya.. Leh sponsor buka bisnes... Cuba kalau tak cantik..? Ada orang kaya nak tengok..? Sebab tu aku kata orang cantik ni memang beruntung..

Sekarang ni kat mana2 pun mesti ada macam2 cara orang buat nak bagi nampak cantik/kacak.. Zaman sekarang ni bukan kira perempuan ke lelaki.. Semua tajsub nak jadi cantik/kacak... Kadang2 sampai mudaratkan diri sendiri.. Operate, cucuk, telan, minum, sapu.. macam2 lagi la... So, apa maknanya tu...? Kalau cantik/kacak tu tak penting takde la orang sanggup cipta macam2 kaedah semata2 untuk cantik/kacak... Betul tak?

Walaupun penting tapi bagi aku cantik/kacak bukan keutamaan... Ye la.. Kalau setakat cantik/kacak tapi takde ilmu, perangai buruk.. Tak ke mana jugak... Cantik/kacak bukan boleh tahan lama pun.. Dah tua kerepot jugak... Betul x...? So, jangan la terlalu mengharap pada kecantikan/kekacakan semata2... Penuhkan diri dengan ilmu yang secukupnya... Jaga tingkah laku.. Baru lah kecantikan/kekacakan tu ada makna....

Ada orang kata kita akan nampak cantik/kacak kalau kita sendiri rasa diri kita cantik/kacak... Ada betulnya... Macam aku, aku tak pernah langsung rasa aku ni cantik.. Kalau tetiba ada orang puji cantik dalam hati mesti kata 'dia ni perli ke apa'..

Kesimpulannya, walaupun cantik/kacak tu penting tapi jangan la terlalu taksub nak cantik/kacak sampai mudaratkan diri sendiri... Ingat penting tak semestinya menjadi keutamaan dalam hidup... Cantik/kacak tidak semestinya pada paras rupa... Banyak cara lain untuk buat kita nampak cantik/kacak... Pada orang yang memang telah dikurniakan kecantikan/kekacakan semulajadi.. Gunakanlah kecantikan/kekacakan anda ke arah kebaikan... Pada yang kurang cantik/kacak... Syukur dengan apa yang ada... Tak payah nak melalut buat macam2 cara yang bahaya semata2 untuk cantik/kacak... Belajar sayangi nyawa sendiri... Setiap orang ada kelebihan... Mungkin kurang pada paras rupa tapi ada lebih tempat lain... Cari dan tonjolkan kelebihan anda itu...

Dato' Siti Nurhaliza... antara contoh orang yang berjaya sebab cantik + kesedapan suranya itu... Sampai boleh dapat gelaran Dato'... dapat kawin ngan Datuk... bertuah badan..


nak cantik camni boleh...?


Arjun Rampal... the most handsome guy... muka, badan, suara.. haiii.. cair dibuatnya....


Layan lagu ni plak k...






** dulu masa sekolah cita2 nak jadi pakar kecantikan + pereka fesyen... Tapi keje sekarang memang jauh menyimpang dari cita2 asal...


No comments:

Post a Comment