Saturday, 22 December 2012

RUNTUN QALBU

Habis sudah drama ni... Bagi aku cite ni memang best... Jalan cite nya sgt berlainan daripada cite2 yang biasa ditayangkan... Pelakon2 nya pun sume berjaya bawak watak masing2 dengan sangat berkesan... Ditambah dengan lagu latar Noktah nyanyian Hazama yang memang kena sangat dengan jalan cite ni....

Serius cite ni best... Aku rasa nak tengok lagi.....



Tuesday, 18 December 2012

MANUSIA BANGSAT...!!




Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar

Ibu mangsa, Nurhafiza Othman, 25 (kiri) di pekarangan rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam.















  
Alor Setar: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun mati dipercayai didera teman lelaki ibunya di Kampung Berjaya, Mergong di sini semalam.

Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, dipercayai telah meninggal dunia ketika dibawa oleh ibu dan teman lelakinya dengan kesan lebam muka dan badan serta calar di beberapa bahagian lain, ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini jam 3 petang. 


Keluarga berang 

Suasana di wad kecemasan HSB kecoh apabila keluarga Faiz berang terhadap lelaki berkenaan yang berpura-pura sakit dengan duduk atas kerusi roda dan mendakwa mangsa maut kerana terjatuh dari tangga bersamanya. 

Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata beliau terlalu sedih melihat mayat cucu yang tinggal bersamanya sejak berusia lima bulan, mati dengan kesan kecederaan pada badannya. 

Beliau berkata, Faiz sebelum ini ada mengadu dipukul teman lelaki ibunya sehingga cedera dan sering mengelak ketika ibunya yang berusia 25 tahun mengajaknya pulang ke rumah.

Mengadu dipukul Pak Tam

“Setiap kali cucu saya pulang ke rumah, dia pasti mengadu dipukul oleh ibu dan teman lelakinya hingga lebam. Dia sering minta saya mengambilnya cepat setiap kali berada di rumah ibunya. Sebelum ini, saya sudah agak perkara buruk, namun tak upaya menghalang anak saya bertemu anaknya,” katanya ketika ditemui di hospital.

Ibu saudara mangsa, Norhanisha Othman, 23, berkata Faiz pernah mengadu dipukul ibu dan teman lelakinya yang dipanggil Pak Tam beberapa kali sebelum ini, malah setiap kali pulang ke rumah neneknya di Flat Simpang Kuala, di sini ada kesan lebam di seluruh badannya.

“Kakak berpisah dengan suaminya, Iskandar Abu Bakar, 29, sejak Faiz berusia lima bulan. Sejak itu dia tinggal bersama neneknya, tetapi beberapa bulan lalu kakak kerap membawanya pulang. 

“Saya pernah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Ogos lalu selepas mendapati kesan gigitan dan lebam pada badan Faiz, dipercayai dilakukan teman lelaki kakak,” katanya.

Kesan lebam di muka

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan, V Saravanan, ketika dihubungi berkata maklumat awal mendapati ada beberapa kesan kecederaan termasuk kesan lebam di muka, bahu dan tangan mangsa. 

Katanya, polis menyiasat dari semua sudut termasuk dera hingga menyebabkan kematian, namun masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum mengklasifikasikan kes atau membuat sebarang tangkapan.

Source: Berita Harian




Mak dengan kekasih dua2 bodoh... Elok tuhan bagi otak tapi tak pakai... Kau derma je la otak kau tu kat lembu....

Kau dah tau kan jantan tak guna tu pukul anak kau tapi kau boleh buat tak tau je kan... Apa punya mak kau ni.... Bukan setakat buat tak tau kau dera dia sekali... Sebab cinta kau dah korbankan anugerah yang Allah bagi... Kau 2 orang tunggu la nasib kau kat akhirat nanti...

Aku tak tau nak cakap manusia spesis apa korang dua orang ni... Aku jangan kan nak pukul anak, nak pukul anak anjing pun tak sampai hati... 

Sekarang ni kau tak payah nak menangis segala... Dah tak guna dah pun.... Anak kau dah mati dah... Nyesal pun tak guna la setan...

Tapi ada mention kat situ mak sedara dia pernah buat report polis kan...? Habis tu polis takde buat pape tindakan ke...? Atau polis memang takde kuasa nak amik tindakan...? Nak kena tunggu budak tu mati atau koma dulu ek baru boleh amik tindakan....? Sedikit tak faham plak aku...

Nak je aku sumpah manusia2 tak guna ni jadi alas kaki... Hari2 aku boleh pijak2, renyuk2 je... Tak jaga amanah Allah bagi dengan elok... Lepas ni elok kau dua orang jadi mandul terus takde anak... Nanti dah tua elok korang merempat mati tepi jalan....



** Memang emosi terlebih kalau benda2 melibatkan budak2. Tambah2 lagi sejak dah jadi ibu ni....


Monday, 17 December 2012

SETIA CITY MALL

Akhirnya sampai juga aku ke Setia City Mall... Tak plan pun nak ke situ... Mulanya nak g IOI tapi bila sampai depan IOI tengok punya ramai orang que nak masuk parking... Kalau camni gaya dah confirm2 susah giler nak dapat parking...

Bila Mr. Hubby tanya ada plan lain tak... Terus tersebut Setia City Mall... Dan Mr. Hubby pun setuju tanpa banyak soal... Aku apalagi senyum sampai telinga le...

Terus kol kawan aku kat Shah Alam tanya nak ikut jalan mana... Takut sesat... Hari tu officemate aku gi berejam sesat katanya... Nasib baik kitorang tak sesat... Tapi boleh tahan jauh gak la tempat tu...

Dari jauh dah boleh nampak Setia City Mall ni... Besar jugak... Aku dah teruja dah.. Tak sabar nak masuk... Bila masuk aku lagi teruja sebab banyak kedai2 favourite aku ada kat dalam tu....  Padini Concept Store, H&M, Cotton On, Uniqlo, Charles & Keith, Brands Outlet, Bonita dan macam2 lagi....

Misi utama kitorang keluar adalah untuk mencari baju dinner... Dan memang tak sia2 kami datang Setia City Mall sebab dah complete baju dinner aku dan Mr. Hubby dapat kat sini.... Yeayyy... Setel.. Tak payah dok pening2 dah lepas ni.... Tak sabar plak nak dinner...






** Setia City pun ada convention centre tau... Nak lawan PICC ker.....??



Sunday, 9 December 2012

PICC DINNER 2012

Tak sabar rasanya nak tunggu 26 Dis... Nak tengok sume warga PICC dan KOPICC datang dinner yang bertemakan color blocking + masquarade... Mungkinkah semeriah dinner Back To School tahun lepas...? Atau lebih meriah lagi...? Sama2 kita tunggu...

Asalnya tema PICC in Wonderland.... Tapi setelah memikirkan susah nak mencari baju yang sesuai kami sepakat tukar tema... Tema ni lagi senang kot... Harap sume orang boleh ikut tema ni....

Sekarang ni aku tengah mencari2 nak pakai baju apa untuk dinner tu nanti... Yang pasti aku nak pakai simple2 je... Janji mengikut tema... Color apa yang cantik ye nak pakai nanti....?

ni cantik....

ni pun cantik jugak...




** Memang suka colorful....


NETBALL

Jumaat 2 minggu lepas aku dan kawan2 ofis ada lawan main netball.... Perlawanan netball ni adalah idea dari Pengurus Besar kami sendiri.... Ye lah... Daripada takde pape aktiviti nak buat ok jugak la ada lawan netball ni...

Aku sendiri dah lama sesangat tak main netball... Last main yang betul2 lawan adalah masa kat Polisas tahun 2003... Pastu ada la main suka2 masa kursus BTN tahun 2007... Bayangkan ni tahun 2012 baru nak main lagi...

Sume position dan rules memang aku dah lupa.... Kebanyakkan yang main hari tu pun memang dah lama tak main dan ada yang tak pernah main langsung... Nasib baik ada Mami K yang lead... Menjadi la jugak main walaupun aku rasa cam tak cukup pemain je....

Aku satu team ngan Cik Kam, Anna, Fatin, Ain, Mama Dhilah dan erm... sapa lagi ek... Lupa sudah.... Nanti la cek balik... Aku jadi goal shooter... Sepanjang aku main netball kat sekolah dan poli tak pernah aku main position ni... So memang belasah je la... Tapi belasah2 pun team aku menang 10-6.... Hehehehe....

Yang azabnya bila bangun pagi keesokan harinya badan aku memang jadi cam robot... Sakit satu badan... Bahana dah lama tak exercise..... Padan muka sendiri....




sempat lagi posing.... :p


** Kat sekolah dulu aku aktif olahraga sebenarnya... 


FUTSAL TIME

Apa...? Futsal....? Aku main futsal...? Hahahaha... Tak payah nak terkejut sangat lah.... Al-kisahnya.... Walaupun tak pernah aku tau cne rules permainan ni tapi aku dan kawan2 tetap enjoy main futsal... Menariknya semuanya 1st time main dan sume memang tak tau langsung cne nak main..... Hahahaha... Kita belasah je main...

Serius aku tak tau sebenarnya berapa orang satu team untuk futsal ni.. Tapi hari Jumaat lepas kitorang main 5 orang satu team... Aku, Anna, Ain, Fatin dan Cik Sal sebagai keeper.... Memang main sepak je la semata2... Tak tau mana kedudukan mana peraturan janji bola masuk gol...

2 minit pertama buatkan aku gelak sampai kejang perut... Orang sibuk kejar bola tapi aku sibuk tahan gelak.... Mana taknya sume nampak cam kelakar sangat... Aku apatah lagi... Sepak bola pun tak kena... Dengan court basah sebab baru lepas hujan... Terkedek2 sume lari takut terjatuh.... Paling best bila aku lari konon nak kejar bola tapi tak leh nak break sebab court licin terus melekat kat pagar... APTB sangat....

Tapi jangan tak tau ye... Walaupun terkedek2 cam itik tapi aku berjaya jaringkan 1 gol untuk team aku.... Hahahahaha... Itulah gol tunggal team aku sebab team aku kalah ngan team lawan... 1-2... Ala... kalah sikit je.... Ceh ceh ceh....

Dan akhirnya kami sume dah jatuh cinta ngan futsal... Semangat sume nak main lagi... Siap ada yang dah plan nak buat jersi bagai....Nanti kita pujuk AJK sukan suruh buat lagi k... Kalau dia tak nak buat kita buat game kita sendiri.... Amacam...??


Jom layan gambar2 kitorang yang memang aku sendiri pecah perut gelak bila tengok.....


sempat lagi keeper ni posing manja kat kamera

tengok kan gaya memang dah hebat... hahahaha....

cubaan untuk merampas bola





** Masa kecik dulu memang suka main permainan budak lelaki...


Saturday, 8 December 2012

IT'S MY BIRTHDAY....!

6 Dis lepas genap lah sudah 30 umur aku.... Wah... Tak caya aku dah masuk 3 series.... Banyak lagi impian yang tak tercapai ni....

Syukur padaMU ya ALLAH... Engkau masih izinkan aku bernafas sehingga ke hari ini... Aku mohon padaMU ya ALLAH... Terus berikan aku kesihatan yang sempurna, kebahagiaan yang berkekalan, permudahkanlah rezekiku, berikanlah aku ketenangan dan elakkanlah aku dari segala perkara buruk.... Amin......

Mr. Hubby buat surprise..... Tiba2 je kek muncul kat depan pintu... Thanks so much sayang... Tak cukup dengan tu dia belanja makan lagi dan paling best dapat HADIAH... Memang dah lama aku nak beli tapi asyik tak jadi je sebab selalu takde yang berkenan.. Kalau ada yang berkenan mesti takde saiz plak...

Tapi malam tu dia bawak aku gi Al-Ikhsan Women kat Bangi.. Katanya pilih sampai dapat jugak... Akhirnya dapat jugak sepasang kasut sukan... Memang aku berkenan dan nasib baik ada saiz.... :)) Rezeki betul kan....

Ironinya tarikh 6 Dis ni juga adalah tarikh pemergian nenek tersayang.... Dah 5 tahun dia tinggalkan aku... Tapi masih terngiang2 di telinga setiap kata nasihat dan gelak tawanya... Semoga mek tenang di sana.... Al-Fatihah....



pink lagi... :))





** Umur tu sekadar angka je... (ayat penyedap...)



EARLY BIRTHDAY CELEBRATION

Tahun ni officemate celebrate birthday aku awal 2 hari... Sebabnya lepas ni ada yang cuti dan masing2 pun akan bz yang amat dengan event yang tak putus2.... Aku tak kisah pun cepat ke lambat... Dorang ingat dan sudi nak celebrate pun dah ok sangat.... Kami satu unit ni dah macam 1 family... So far kami memang tak pernah bergaduh atau pun bermasam muka.... Harap hubungan ni kekal ke akhir hayat kami... Amin....

Dorang celebrate birthday aku kat Kenny Rogers Alamanda... Yang bestnya aku dapat kek yang aku idamkan... Ice cream cake from baskin robbins... Kaler pink lagi tau... Tq sangat kat korang sume.... :))










** Love my families and friends....


PERHIMPUNAN WARGA PICC BULAN DISEMBER 2012

3 Dis lepas hari Isnin telah diadakan Perhimpunan Bulanan Warga PICC bagi bulan Disember 2012... Memang tiap2 bulan perhimpunan ni diadakan... Macam biasa la untuk mendengar amanat dari Pengurus Besar PICC dan untuk mengupdate apa yang terkini di PICC...

Tapi ada yang special pada perhimpunan bulan ni... Faham2 je la kalau bulan Disember tu... Tentunya ada penyampaian kad hari lahir dan sambutan hari lahir... Sedap sangat kek coklat strawberi tu... Thank you PICC.... :))






** Pernah lupa birthday sendiri.... 


MAHA INTERNATIONAL 2012 AT MAEPS SERDANG

Pada 23 Nov - 2 Dis lepas telah berlangsungnya MAHA International 2012 di MAEPS SERDANG. MAHA is stand for Malaysia Agriculture, Holticulture and Agrotourism....  Atau senang cite pameran hasil2 ternakan dan pertanian....

Dah banyak kali dah MAHA ni diadakan... Aku pun tak pasti dah kali ke berapa.. Tapi memang tiap2 tahun ada MAHA ni...

Sebelum2 ni tak pernah terasa pun nak gi... Ye lah... Bukan aku minat sangat bab2 pertanian ni.... Tapi tetiba tahun ni rasa nak gi.. Terasa plak nak tau apa yang best sangat kat MAHA ni sampai orang dari jauh2 sanggup datang....

Akhirnya pada 25 Nov hari Ahad sampai jugak la aku ke MAHA ni... Memang besar pameran ni... Macam2 ada... Kalau jalan kaki pusing sume tempat ni memang berkilo2 lemak boleh terbakar.... Orang pun memang ramai giler... Parking tak yah cite la... Memang penuh... Kami parking tepi jalan je... Tu pun kena jalan jauh....

Dah sampai sana dapat lah tengok lembu, kambing, biri2 ( macam kat kampung aku takde binatang2 ni sume.... ) Tapi ok la jugak... Ada juga binatang2 ni yang dikacuk dengan baka luar negara yang memang takde kat kampung aku.... Medina sangat excited dapat tengok binatang2 ni sume... Nak2 bila dapat tengok biri2.. Dia kan peminat setia Shaun The Sheep... So macam happy sangat la dapat tengok the real Shaun The Sheep.....

Dari tempat lembu kambing ni sume kami naik bas yang telah disediakan ke kawasan perikanan... Berhimpit2 naik bas pun... Ok la... Dah lama tak rasa himpit2 naik bas kan.... Tapi bas ni tak terus ke kawasan perikanan, dia turunkan kami kat kawasan ladang nenas... Kat sini banyak info pasal nenas aku dapat tau... Rupa2 nya nenas ni ada macam2 jenis... Selama ni ingatkan sume nenas sama je... Tapi rupanya ada banyak jenis dan nama yang tersendiri.... Dapat jugak la ilmu baru....

Kemudian kami terus menapak ke kawasan perikanan... Sebelum tu lalu dulu kat kawasan sawah padi... Feeling kat kampung kejap bila sampai situ... Kat kawasan perikanan ni takde apa sangat... Mungkin jugak sebab dah penat jalan tengah2 panas buatkan kami dah tak bernafsu nak tengok ikan... Layankan Medina main dan bagi makan rabbit je... (Rabbit dalam kawasan perikanan...? Erm... Layankan je lah.....) Seronok Medina dapat bagi rabbit makan... Sampai mintak nak bela rabbit kat rumah... Adoi la anak... Fahami lah ibu mu ini tak suka sebarang jenis binatang berada di dalam rumah... Tunggu sampai kita ada rumah atas tanah baru boleh nak melayan bela rabbit ke apa ke k....

Lepas tu kami terus tunggu bas dan balik... Cari jugak kot2 ada jual fridge magnet MAHA... Leh beli.. Tapi memang takde la kan.... Sampai rumah terus semua pengsan kepenatan.....

Pada pendapat aku MAHA ni memang bagus... Tapi mungkin sebab aku ni takde minat dalam bidang2 ni buatkan aku rasa lepas ni tak nak dah gi lagi....

















** Sejak2 bergelar ibu ni aku memang tak suka ke tempat yang ramai orang dan panas camni.....


MEMBOLING

Akhirnya setelah hampir setahun tak main boling... Sebab...?? Memang takde geng nak main.... Main kalau PICC buat perlawanan je... Tahun ni plak PICC agak slow buat pape perlawanan sebab kekurangan bajet.... Huhuhu....

Tahun 2012 ni lah kali pertama PICC buat perlawanan boling.... Mungkin yang terakhir untuk tahun ni... Tunggu tahun depan lak baru ada lagi....

Perlawanan ni diadakan pada 18 Nov 2012 di ARL Bowl Alamanda..... Tempat biasa untuk warga PICC yang majoritinya tinggal di Putrajaya.... Sambutan agak kurang memuaskan tetapi kami yang main tetap enjoy.... Peduli apa ngan orang yang tak nak main....

Grup aku tahun ni memang hebat.... Aku satu grup dengan Ain dan Abg Man... Ain memang juara tak pernah kalah... Abg Man pun memang hebat jugak.... Aku je la yang tak berapa nak ok main...

1st game agak ke laut.... Mungkin sebab dah lama tak main... Kekok.... 2nd game memang terbaik... Strike and spare je.... 3rd game memang ke laut... Sebab...?? Tangan dah sakit.... Walaupun pakai boling 7 je pun.... Bila tangan dah sakit baling ke longkang je la kejenya.... APTB betul lah....

Tapi dapat gak la no 2 dengan jatuhan pin 262.... Hahahaha.... Nasib baik takde persaingan... Pompuan main 4 orang je... Yang terer pun Ain je... Anna dan Cik Sal lebih kurang aku je la main... Ain juara lagi... Jatuhan pin dia 443... Mengalahkan jatuhan pin juara lelaki iaitu Jihadi dengan jatuhan pin 423...

Grup kami dapat No 3... Punca pertama grup kami tak dapat No 1 adalah aku yang main memang ke laut... Abg Man pun tak berapa menjadi main malam tu... Takpe lah... Janji TOP 3....


TOP 3 lelaki
1. Jihadi - 423 pin
2. Hakimi - 375 pin
3. Faisal - 369 pin

TOP 3 perempuan
1. Ain - 443 pin
2. Aida - 262 pin
3. Cik Sal - 229 pin

TOP 3 grup
1. Jihadi, Yohaniz, Shamsul - 1095 pin
2. Faisal, Izad, Fisi - 1066 pin
3. Abg Man, Ain, Aida - 1047 pin


semangat semua....

kalau bab posing boleh la jadi juara.... hahahaha....





** Teringat masa 1st time main boling masa belajar kat Polisas dulu... Pegang bole pun tak reti... Hahahaha.....


ERM.....

Lamanya tak update blog.... Bukan takde cite nak tulis, bukan juga takde masa tapi takde mood nak menulis... Tak tau la nape.... Hari ni baru rasa cam ada mood sikit.... 



** Mood tak menentu....







AIM 19

 Cne leh jadi camni ni...? Post ni aku dah lama tulis tapi lupa nak publish... Hahahaha.. Gelak untuk diri sendiri... Dah basi dah pun pasal AIM ni...

AIM 19 telah pun berakhir semalam.... Dengan tema Black & White Glam Glitz.... Aku tengok ramai yang ikut tema black & white tapi ada jugak yang tak glam glitz pun....

Paling glam tentulah baju Yuna... Lip lap dari hujung kepala ke hujung kaki... Tapi paling aku suka baju Mizz Nina.... Simple dan elegent...

Persembahan pulak sume best2... Paling menarik perhatian aku persembahan dari GX4 yang terdiri daripada boyband era 90an seperti Kool, A to Z, Nico dan Shades... Masih mantap lagi dorang tu sume walaupun rata2 saiz badan dorang telah berganda daripada dulu... Aku nak sangat tengok Jeff A to Z sebab dulu aku memang minat giler ngan dia tapi kamera tak focus kat dia la plak.... Hampa....

Shilla Amzah menang besar malam tu... Lagu ciptaan dia sepenuhnya Patah Seribu telah menang lagu terbaik... Jaclyn Victor plak telah mengalahkan Dato' Siti untuk kategori vokal terbaik di dalam album.... Paling aku tak sangka dan mungkin juga orang lain ialah kemenangan SalamMusic untuk kategori album terbaik... Artis baru kot tu.. Dah menang album terbaik... Tahniah... Tapi aku sendiri tak brape sure lagu dorang dia yang mana satu... Yang aku tahu lagu Bangkit yang dorang duet ngan Altimet tu je... Tapi perfomance dorang sebagai artis jemputan separuh akhir muzik2 Ahad lepas memang terbaik.... Pemenang2 yang lain sume ok je...

Hos malam tu best... Dengan lawak hashtag # mereka tu....

Lagi best malam tu adalah apabila ramai artis2 yang dah lama menyepi muncul semula... Antaranya seperti Nadia, Wann (aku tengok dia ni sama je ngan dulu... takde yang berubah...), Yantzen (kunyah chewing gum masa sampaikan anugerah... rimas aku tengok... nak bagi hilang nervous mungkin...), kemunculan GX4 yang menggabungkan Kool, A to Z, Nico dan Shades, kemunculan Andy dengan band barunya The Malayan dan ramai lagi la....

Keputusan penuh AIM 19:


1. Lagu Nasyid Terbaik – Doa (Nora)
2. Lagu Pop Etnik Terbaik – Kuasa Cinta (Noraniza Idris & Black)
3. Lagu Hip Hop Terbaik – Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah & Malique)
4. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Counting Days (Jacyln Victor)
5. Artis Baru Terbaik – MOJO
6. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Seperti Dulu (Forteen)
7. Video Muzik Terbaik – Sparkle (Yuna)
8. Lagu Pop Terbaik – Patah Seribu (Shila Amzah)
9. Lagu Rock Terbaik – Idola (Azlan & The Typewriter)
10. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara – Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
11. Anugerah Kembara – Mizz Nina
12. Anugerah Sri Wirama – Alleycats
13. Persembahan Vokal Terbaik Lelaki Di Dalam Lagu – Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
14. Persembahan Vokal Terbaik Wanita Di Dalam Lagu – Jacyln Victor (Counting Days)
15. Album Terbaik – SalamMusik
16. Lagu Terbaik – Shila Amzah (Patah Seribu)


Layankan gambar yang aku ambil dari blog orang lain...


cantik kan baju dia... nampak class...

mojo

arja lee dan sapa tak tau.. hensem gak dia ni....

sudah cukup sudah... mirwana... khas dari indon....

dato' siti... fesyen lip lap di dada katanya....

makcik didie... salah majlis kah....?

zain saidin, nabila huda, hazama

nico... maintain dengan imej hiphop....

dafi dan rozita che wan






** Tengok majlis anugerah camni sebab nak tengok baju2 artis.....


Saturday, 17 November 2012

MEDINA AND SILICA GEL

Lega sikit dah aku rasa.... Alhamdulillah takde pape.....

Tau apa yang aku risaukan selama 2 hari ni...? Pasal Medina....

Kisahnya, malam Jumaat hari tu sedang aku melayan cite Mati Hidup Semula kat Astro Oasis sambil suap dia makan nasi ngan telur goreng (itu je yang dia nak makan pun... ).. Tiba2 dia masuk pastu diam je.. Aku ingatkan dia dok ralit main... Tapi selepas beberapa minit masih lagi senyap takde bunyi dia main ke apa aku dah mula fikir mesti dia dok buat pape dalam bilik...

Aku pun masuk bilik dia... Menyirau darah aku tengok apa dia tengah main... Dia tengah main dengan silica gel yang dia amik dalam kotak kasut yang aku terlupa nak buang semalam... Kalau setakat main camtu je takde la aku risau sangat tapi dia dah buka benda dan main... Silica gel tu kan cam manik... Apa yang aku risakan sangat kot2 dia nampak benda tu cam sedap dan dia makan...

Panik gila kot masa tu.... Tapi aku try bertenang... Tarik nafas 2, 3 kali... Pastu aku amik benda tu dan tany aelok2 dia ada makan tak benda tu... Dia cakap tak makan... Suruh dia buka mulut... Cek semua takde plak nampak kesan2 benda tu dalam mulut dia... Yang ada hanya kesan2 nasi dan telur goreng je... Tapi aku memang risau giler la... Mana la tau kot2 dia takut nak bagitau dia makan sebab takut aku marah... Sebab tu aku tanya dengan penuh kasih sayang.. Tak nak bagi nampak aku cemas atau marah... Padahal aku memang dah gelabah biawak dah masa tu...

Aku bagi dia minum air masak banyak dan tegok kot2 dia ada muntah ke apa ke... Tapi tengok dia ok je sampai ke hari ni... Takde pape... Makan ok... Main ok... Tido ok.... Alhamdulillah sangat...

So, moral of the story... Walaupun aku dah rasa Medina cam dah besar tapi aku masih perlu extra berhati2 dengan benda2 camni... Aku pun tak tau cne dia boleh amik benda tu sebab kotak kasut tu dalam bilik aku...


macam ni la silica gel yang medina main tu

rupa silica gel ni... macam manik...
alhamdulillah... masih mampu senyum sampai ke saat ini...





Tanda2 keracunan :

A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
K
L
M
N
O
P
Q
R
S
T
Rasa loya
Muntah-muntah
Rasa pedih/panas seperti terbakar di bahagian mulut,perut
Melepuh di bahagian bibir
Sakit kepala
Pening, bingung, meracau
Pergerakan terhoyong-hayang, tiada koordinasi
Sawan
Koma atau pengsan
Tidak berbafas, atau pernafasan yang perlahan
Sukar bernafas
Bernafas dalam-dalam dan pantas
Nadi tidak menentu dan perlahan
Nadi pantas
Pupil mata mengembang
Pupil mata mengecil
Warna kebiruan di bahagian mulut
Kulit merah padam
Demam
Kejutan


Tindakan segera yang perlu dilakukan :

01 02
03
04
05
06
07
08
09
10
Buatkan mangsa keracunan muntah melainkan jika beliau dalam keadaan tidak sedar diri atau mengalami sawan
Dapatkan nasihat doktor jika hendak membuatkan mangsa keracunan muntah
Berikan campuran arang teraktif dengan sedikit air
Berikan air dan susu pada ketika ini juga
Jiruskan air ke bahagian mata atau kulit jka terkena racun
Gunakan julap
Berikan campuran satu sudu teh natrium bikarbonat dalam 1/2 gelas air
Rawat kejutan
Terapkan dengan air sejuk
Pernafasan bantuan diberikan jika perlu



Klik sini untuk lebih info berkenaan keracunan.....





** Selalu dengar ada sesetengah makanan yang tidak boleh diambil serentak kerana akan berlaku keracunan dalam badan... Tapi tak tahu sejauh mana kebenarannya kerana bila bertanya dengan doktor pun dorang cakap boleh... Contohnya ada sedara aku bagitau adik dia meninggal sebab keracunan gula2 hacks dengan air coca-cola...



Friday, 16 November 2012

PARADIGM MALL

Selasa lepas masa cuti deepavali sempat la ke Paradigm Mall... Paradigm Mall ni terletak di Kelana Jaya dan baru saja dibuka...

Best jugak tempat ni... Kedai pun boleh tahan banyak... Yang penting kedai yang aku suka macam Padini Concept Store, Brands Outlet, Cotton On dan Charles & Keith ada kat sini...

 Kedai makan pun banyak tapi fast food macam KFC, Mc D dan Pizza Hut takde kat sini...

Masa aku gi tu ramai gak orang... Tapi takde la sesak sangat.. Selesa la nak menyopping... Sebab selesa punya pasal la banyak gak RM habis kat situ... Huhuhu... 

pic from google




** Tak pernah jejak Pavilion....



PUTRAJAYA - TELUK INTAN

Agak lambat aku tulis pasal ni... Takde mood + takde idea...

Sabtu lepas aku ke Teluk Intan.. Bukan untuk jalan2 makan angin tapi untuk menghadiri majlis kahwin Mr. Hubby's cousin, Aizat... Majlis kawin diadakan di Dewan IPD Hilir Perak...Aizat ni polis.. Kawin lak dengan anak polis... Elok sangat la tu...

Bertolak dari Putrajaya kol 10.00 pagi... Sampai dalam kol 1.00 camtu... Lambat sebab jalan jem... Maklumlah, Selasa nanti kan Deepavali... Semua nak balik beraya... Kata 1 Malaysia.. Walaupun Deepavali... Melayu Cina kena gak balik kampung sambut raya... Nak2 ada cuti berganti2 ni... Selasa Deepavali, Khamis Maal Hijrah.. Sakan la sume bercuti....

Memandangkan rombongan cik kiah dari Penang dan Kedah tak sampai lagi... Kami plan nak g Teluk Batik dulu... Aku yang beria2 benar nak gi.. Ye lah... alang2 dah sampai sini kot... Kita makan angin sekali la...

Cari signboard Teluk Batik tak jumpa lak.. So tanya la orang kat situ... 1st time tanya dia cakap lagi 1 jam nak sampai Teluk Batik... 2nd time tanya cakap lagi 1 1/2  jam... 3rd time tanya cakap lagi 2 jam... Apsal makin jauh...?  Ingat kan dekat je... Nama pun dekat2.. Teluk Intan ngan Teluk Batik...

Memandangkan masa tu jam dah kol 2... So tak jadi la nak pegi... Kalau 2 jam mau kol 4 baru sampai.. Itu pun kalau tak sesat... Pastu nak balik lagi 2 jam... Akad nikah kol 8.00 malam... Memang kelam kabut je kalau gi... So kita berbalik kepada tujuan asal datang sini... Majlis akad nikah tu lagi penting...

Masuk bandar Teluk Intan.. Siap2 cari IPD Hilir Perak... Nasik baik senang je jumpa... Pastu terus memusing cari hotel... Rumah ada disediakan tapi cam ramai lak... Nak selesa cari hotel.... Hotel bajet je pun yang kami cari... Nasib baik jumpa dekat je ngan IPD Hilir Perak tu... Tak sampai 5 minit pun... Ok la... Nama pun hotel bajet kan so biliknya kecik je la... Tapi bersih sangat... Bilik air pun bersih... Siap air-cond dan heater lagi.... Memang selesa walaupun kecik... Medina lagi la suka... Apa taknya.. Cadar, selimut, towel sume kaler pink.... Her favourite kaler...

Lepas check-in, g makan... Lepas tu memusing lagi cari menara condong... Wajib pegi kalau datang Teluk Intan ni... Menara condong dah jumpa tapi parking lak takde... Berpusing2 jugak la cari parking... Lepas dah jumpa parking nak keluar gi snap gambar lak takleh sebab hujan turun selebat2 nya... So, balik bilik, mandi rehat sementara tunggu rombongan cik kiah sampai....

Rombongan sampai dalam lebih kurang kol 5 kot.. Aku pun dah lupa... Layanan orang Teluk Intan ni memang terbaik.. Sampai je kami dihidangkan dengan bihun goreng dan kuih muih.... Orangnya pun ramah2... Tapi slang perak tu takde la kuat sangat... Biasa2 je.. Masih boleh difahami dengan jelas...

Majlis akad nikah diadakan di Surau Ar-Rahman, dalam  kawasan IPD tu jugak... Pengantin segak bergaya dengan pakaian kaler putih... Sama cantik sama padan... Dengan sekali lafaz je Aizat dan Farhana sah sebagai suami isteri.... Alhamdulillah... Lepas akad nikah ada majlis makan2 dan BBQ... Tapi aku tak tunggu majlis BBQ tu... Balik bilik dan rehat je.... Medina dah ngantuk.. Lagipun Mr. Hubby nak temankan abang dan adik dia cari hotel sebab rumah yang disediakan tu ramai.. Hotel tempat aku dok plak dah full...

Hari kedua.. Bangun awal sebab nak gi menara condong lagi.. Tak puas hati semalam sebab tak leh nak snap gambar... Kejut Medina.. Ngamuk2 tak nak bangun lagi.. Ngantuk katanya.. Padahal bukannya pagi sangat pun.. Dah kol 8 lebih dah pun.. Penat kot dia...

Konon nak pegi awal pagi sebab nak gi pasar pagi kat menara condong tu tapi nan hadooo... Menungu abang2 ipar ku bersiap punya la lama... Mengalahkan pompuan... Geram plak rasa.... Kol 10 gak la sampai menara condong... Dah la lapar.. Tak makan apa lagi ni...

Lepas snap gambar kat menara condong tu... Jalan2 kat pasar pagi... Beli segala kuih yang ada... Keropok lekor bulat, putu cawan, baulu sampai ke roti ban sosej pun aku beli... Lapar punya pasal.... Pasar pagi dia biasa2 je.. Sama jugak dengan pasar pagi tempat2 lain...

Lepas penat pusing pasar pagi kami makan kat food court kat situ... Aku dah kenyang makan kuih, minum je la... Dorang sume makan la... Macm2 gak ada kat situ.. Tapi dorang nak rasa kuey teow kerang dan soto kat situ.. Aku pun sibuk gak merasa dorang nya makanan... Boleh tahan sedap... ABC dia pun sedap...

Lepas dah kenyang terus balik bilik... Dah tak tau dah nak g mana... Lagipun nak kena bersiap untuk gi kenduri lak... Kol 12.30 dorang nak berarak dah.... Check -out siap2 lepas tu terus ke rumah dorang...

Masjlis persandingan diadakan di dewan IPD tu jugak.... Senang... Dari rumah terus berarak.. Tak payah nak susah2 bawak kete ke apa... Pengantin memakai persalinan warna maroon+hitam... Sangat menawan... Tapi tengah berarak tu tiba2 hujan... Tadi elok je cuaca.. Nasib baik tak lebat sangat... Sempat la sampai dewan walaupun terpaksa lajukan langkah... Hujan rahmat untuk pasangan pengantin...

Makanan yang dihidangkan sedap... Medina pun banyak makan....

Dah setel sume aku pegi lagi bandat Teluk Intan... Tau apa aku cari...? Fridge magnet... Tapi tak jugak jumpa walaupun dah berpusing2 kami mencari.... Puas bertanya tapi takde sorang pun kat situ tau kat mana ada jual fridge magnet tu... Aku nak fridge magnet menara condong... Huhuhu... Pulang dengan hampa... Sadis...!!

Kol 3 gerak balik Putrajaya... Sempat jugak beli popia ronda... Popia yang dijual dengan motor... Dah lebih 10 tahun dia meniaga... Sedap popia dia... 4 singgit... Kalau kat Putrajaya-KL 5 dua hinggit tau..

Tak puas hati gi Teluk Intan sebab takde jalan ke mana pun dan cari fridge magnet tak jumpa.. Mr. Hubby cakap takpe.. Nanti kita gi lagi... Bila tu...? Nak gi Teluk Batik dan Pangkor plak la... :))


view sepanjang perjalanan... cantik...
sah..!! alhamdulillah... sekali lafaz je...
candid..!!!
pengantin dengan mak dan ayah nya...
dapat gak posing kat sini... :)
menara condong
bandar teluk intan..

bila si kecik dah penat berjalan....
tengok apa yang ada...
keropok bulat... sedap sangat...
putu cawan
ni lah hotel penginapan kami...
ready untuk berarak...
sebelum hujan turun...
cantik pelamin...
selamat berbahagia hingga ke akhir hayat...




** tahun depan aku akan dapat 2 biras....