Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Monday, 11 February 2013

GONG XI FA CHAI 2013 - YEAR OF THE SNAKE

Belum terlambat lagi kot nak ucapkan Gong Xi Fa Chai kepada semua yang menyambutnya.... Tahun ni tahun ular... Tahun rezeki katanya.....

Menurut pakar feng shui yang juga Presiden Institut Sains Geomancy Malaysia (Mings) Prof Joe Choo, warna bertuah untuk tahun ni adalah warna biru, hijau dan ungu... Warna biru yang melambangkan air adalah warna paling baik untuk tahun ni... Manakala warna merah yang melambangkan api dan warna kuning yang melambangkan bumi adalah warna yang kurang memberangsangkan untuk tahun ni....

Tarikh yang paling sesuai untuk meneruskan perniagaan selepas tahun baru adalah pada 17 Februari,.... Nampaknya lama la kedai2 cina tutup.... 

Industri yang cenderung dalam keadaan baik pula adalah seperti insurans dan kewangan, kewartawanan dan pendidikan, logam dan perniagaan yang berkaitan dengan mineral... Manakala industri yang berkaitan dengan tanah dan unsur api seperti hartanah, pembinaan, cat dan telekomunikasi mungkin tidak berjalan dengan lancar....

Menurutnya lagi tarikh yang sesuai untuk berkahwin, melahirkan anak dan memulakan perniagaan adalah pada 11 Februari, 12 April, 10 Ogos, 9 Oktober dan 8 Disember....

Pengasas Mings yang juga pakar feng shui, Master David Koh pula berkata tahun ni adalah 'Tahun Selesa' untuk Rakyat Malaysia....

More info klik here

Ni plak personaliti orang yang lahir pada tahun ular....

Yin/Yang: Yin
Unsur tetap: Api
Sifat positif: Berfikir panjang, bijaksana, mistik, lemah lembut, sensual, kreatif, cermat, pintar, bercita2, berbudi bahasa, berwaspada, bertanggungjawab, tenteram, kuat, setia, tekad
Sifat negatif: Penyendiri, komunikasi teruk, cemburu, hedonis, ragu diri, sentiasa menaruh kesangsian terhadap orang lain, pendusta

Nak tengok personaliti untuk tahun lain klik sini

Ni info yang aku dapat dari wikipedia

Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada "Tahun Ular," serta juga membawa lambang unsur yang berikut:
Sifat
Kedudukan zodiak ke-6
Waktu naungan 9 – 11 pagi
Mata angin Tenggara-selatan
Musim dan bulan Musim panas, Mei
Bulan qamari 5 Mei hingga 5 Jun
Zodiak Barat yang bersamaan Taurus
Polariti Yin
Sifat positif Bijaksana, berfikiran secara mendalam, pandai, lojik, praktikal, cerdas, kreatif, belas kasihan, berwaspada
Sifat negatif Cemas, malas, berahsia, manipulatif, tidak endah, naif, cerewet
Paling serasi Lembu, Ayam, Naga
Sederhana serasi Tikus, Anjing, Kambing
Tidak serasi Arnab, Kuda, Kera, Harimau, Khinzir


Pape pun ini semua hanya ramalan... Kepada yang beragama Islam tu ingat kita tidak boleh percaya dengan benda2 ni semua... Syirik....






** tahun anjing....




Wednesday, 2 January 2013

WELCOME 2013

Hari ke2 di tahun 2013... Belum terlambat lagi rasanya nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU untuk semua... Semoga tahun ini memberi lebih banyak kebaikan kepada kita berbanding tahun2 sebelum ni.....

Tahun baru dan azam memang tidak boleh dipisahkan tetapi aku tak pernah ada azam yang khusus pun... Tiap2 tahun aku berazam nak jadi lebih baik dari sebelum2 ni dalam semua hal....

Cuma tahun ni aku pasang impian nak gi holiday ke oversea plak.... Dah ada list beberapa lokasi... Kalau masa dan ekonomi mengizinkan in sha allah sampai la nanti....



** Tahun ni aku dapat 2 biras... Bertambah besar family....