Wednesday, 1 May 2013

SELAMAT HARI PEKERJA

Selamat Hari Pekerja kepada sume yang bergelar pekerja...

Tau tak macam mana boleh ada cuti hari pekerja ni pada setiap 1 Mei di seluruh dunia...? Meh aku cite sikit2 hasil pencarian aku dengan pak cik Google...

Idea untuk cuti hari pekerja ni bermula di Australia pada tahun 1856. Ia bermula apabila para pekerja di sana mengambil keputusan untuk berhenti daripada bekerja sebagai demonstrasi untuk mencapai hari bekerja 8 jam sehari... Mulanya mereka menganjurkan ini untuk tahun 1856 sahaja tetapi perayaan pertama ini memberi kesan yang sangat kuat kepada para proletariat sehingga mewujudkan demonstrasi baru sebelum keputusan dicapai untuk mengadakan perayaan ini pada setiap tahun...

Di Amerika Syarikat plak perarakan hari buruh yang pertama telah diadakan pada 5Sept 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York... Tetapi kebanyakkan pekerja yang lebih radikal mahukan 1 Mei sebagai perayaan hari buruh sebagai mengingati jasa pekerja di sana... Pada masa tu ldbih 200, 000 pekerja meninggalkan kerja dan menuntut masa bekerja 8 jam sehari... Selepas itu pihak polis dan serangan perundangan menghalang demonstrasi tersebut selama beberapa tahun... Pada tahun 1887 Presiden Grover Cleveland memilih Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh di AS.... Beliau tidak memilih 1 Mei kerana bimbang pekerja akan mengingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886... Pada tahun 1894, Presiden Grover dengan rasminya mengisytiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh pada setiap tahun...

Gerakan pekerja di Eropah pula mula menjadi kuat.. Perluahan paling kuat berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889... Di kongres ini yang dihadiri oleh 400 wakil bersetuju tuntutan pertama yang perlu dibuat adalah hari bekerja 8 jam... Wakil pekerja dari Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux membuat tuntutan ini di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa... Wakil pekerja dari Amerika menarik perhatian kepada keputusan untuk bermogok pada 1 Mei 1890... Kongres kemudian membuat keputusan untuk membuat perayaan antarabangsa ini pada tarikh 1 Mei....

Mulanya keputusan diambil untuk menyambut perayaan pada 1 Mei 1890 itu sahaja... Tiada siapa yang membincangkan untuk menyambut perayaan itu pada setiap tahun... Tetapi tiada sesiapa dapat meramalkan idea ini telah berjaya dengan pantas dan diamalkan oleh semua pekerja sehingga membuatkan mereka berpendapat hari pekerja mesti disambut pada setiap tahun...

Di Malaysia sambutan Hari Pekerja bermula pada 1 Mei 1972... Pengisytiharan ini adalah hasil daripada usaha gigih para proletariat pada masa itu untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan...

Itulah cite nya yang aku dapat daripada pak cik Google... Kalau nak tahu lebih lagi sila la bertanya sendiri dengan Google sendiri ek...

Apa pun selamat bercuti kepada semua pekerja... Rest dan rilex... Hilangkan segala stress... Esok boleh la sambung keje balik dengan lebih bersemangat....






No comments:

Post a Comment