Sunday, 5 May 2013

JOM MENGUNDI

Macam mana..? Sume dah ready ke nak memangkah hari ni?

Aku rasa PRU13 ni adalah PRU paling meriah... Siap ada 3 artis masuk calon lagi... Tapi sume mewakili parti pembangkang.. Takde ke artis nak bertanding untuk mewakili parti pemerintah...?

Cerita2 panas pasal mengundi tu tak yah cerita la kan... Terlalu banyak sangat... Artis2 pun semakin lantang bersuara di laman2 sosial mempertahankan parti pilihan masing2...

Lebih meriah lagi apabila terdapat banyak lagu2 mengundi untuk PRU13 ni... Anugerah Juara Lagu tahun ni boleh la tambah lagi satu kategori... Lagu mengundi terbaik... :))

Apa yang aku tengok pembangkang pun makin kuat...Mungkin sebab teknologi yang semakin maju sekarang ni lebih banyak maklumat yang diperolehi orang ramai... Orang ramai tidak lagi bergantung kepada berita dan surat khabar semata2 kerana kadang2 mereka ni agak bias...

Ye lah... Asyik puji parti yang memerintah sahaja.. Parti pembangkang memanjang dikutuk.. Tak kan takde satu pun perkara baik yang parti pembangkang buat kan... Sebagai media mereka patut lebih balanced... Baru orang ramai boleh memilih dengan bijak...

Lagipun orang sekarang sume pandai2... Mereka tahu siapa yang mereka nak...

Bagi aku, parti pemerintah dan parti pembangkang sume ada baik dan buruknya... Tinggal nak pilih sapa yang memenuhi citarasa kita saja.. Tepuk dada tanya selera...

Lagi satu bagi aku la kan.. Tak perlu la kita nak terlalu taksub dengan sesuatu parti... Cari maklumat, perhati sapa yang lebih baik.. Sampai masa pangkah lah sapa yang kita nak...

Lagipun bila kita terlalu taksub dengan sesuatu selalunya kita tidak dapat berfikir secara rasional... Takut tersalah pilih nanti...

Pape pun, sama2 lah kita tunggu keputusannya malam nanti... Selamat mengundi semua...








** Jom kita mengundi....

No comments:

Post a Comment