Monday, 6 May 2013

TAHNIAH BN

Akhirnya segala teka-teki telah terjawab... Harap sume orang berpuas hati dengan keputusan pru13... Menang kalah adat bertanding... Mesti ada sebab ditakdirkan BN menang lagi...

Aku tak tau la nape aku cam teringin nak amik pot pasal pru kali ni... Mungkin sebab aku nampak pembangkang agak kuat untuk pru13 ni.. Tambah lagi dengan macam2 cite yang disebarkan dalam fb... Ada yang tersangat konfiden pembangkang akan menang... Benda2 ni sume la kot yang buatkan aku cam ada sedikit rasa nak amik tau pasal pru13... Sebelum ni takyah amik tau pun takpe sebab dah tau BN menang...

Ini lah yang rakyat Malaysia mahukan... Walaupun pembangkang janji nak turunkan harga minyak, harga kereta, harga barang, harga rumah dan tol free tapi takyat tetap lebih suka BN... Mungkin sebab rakyat Malaysia sumenya kaya2...

Tapi DAP banyak menang kali ni... Mungkin hanya kaum Cina yang mahukan perubahan sedangkan Melayu masih lagi selesa dengan kerajaan sekarang...

Sapa pun yang menang kita tetap kena kerja keras kalau nak kita dan anak cucu kita senang.. Mana2 parti sekali pun tak boleh bagi kesenangan kat kita camtu je... Rezeki kita kena usaha dan mintak dengan Allah...

Peace....!!



** Pada aku masa mengundi kita kena letak kan diri kita sebagai rakyat bukannya sebagai gomen staf ke pekeje kilang ke petani ke.. Kita sume kan rakyat Malaysia....




Sunday, 5 May 2013

JOM MENGUNDI

Macam mana..? Sume dah ready ke nak memangkah hari ni?

Aku rasa PRU13 ni adalah PRU paling meriah... Siap ada 3 artis masuk calon lagi... Tapi sume mewakili parti pembangkang.. Takde ke artis nak bertanding untuk mewakili parti pemerintah...?

Cerita2 panas pasal mengundi tu tak yah cerita la kan... Terlalu banyak sangat... Artis2 pun semakin lantang bersuara di laman2 sosial mempertahankan parti pilihan masing2...

Lebih meriah lagi apabila terdapat banyak lagu2 mengundi untuk PRU13 ni... Anugerah Juara Lagu tahun ni boleh la tambah lagi satu kategori... Lagu mengundi terbaik... :))

Apa yang aku tengok pembangkang pun makin kuat...Mungkin sebab teknologi yang semakin maju sekarang ni lebih banyak maklumat yang diperolehi orang ramai... Orang ramai tidak lagi bergantung kepada berita dan surat khabar semata2 kerana kadang2 mereka ni agak bias...

Ye lah... Asyik puji parti yang memerintah sahaja.. Parti pembangkang memanjang dikutuk.. Tak kan takde satu pun perkara baik yang parti pembangkang buat kan... Sebagai media mereka patut lebih balanced... Baru orang ramai boleh memilih dengan bijak...

Lagipun orang sekarang sume pandai2... Mereka tahu siapa yang mereka nak...

Bagi aku, parti pemerintah dan parti pembangkang sume ada baik dan buruknya... Tinggal nak pilih sapa yang memenuhi citarasa kita saja.. Tepuk dada tanya selera...

Lagi satu bagi aku la kan.. Tak perlu la kita nak terlalu taksub dengan sesuatu parti... Cari maklumat, perhati sapa yang lebih baik.. Sampai masa pangkah lah sapa yang kita nak...

Lagipun bila kita terlalu taksub dengan sesuatu selalunya kita tidak dapat berfikir secara rasional... Takut tersalah pilih nanti...

Pape pun, sama2 lah kita tunggu keputusannya malam nanti... Selamat mengundi semua...








** Jom kita mengundi....

Wednesday, 1 May 2013

SELAMAT HARI PEKERJA

Selamat Hari Pekerja kepada sume yang bergelar pekerja...

Tau tak macam mana boleh ada cuti hari pekerja ni pada setiap 1 Mei di seluruh dunia...? Meh aku cite sikit2 hasil pencarian aku dengan pak cik Google...

Idea untuk cuti hari pekerja ni bermula di Australia pada tahun 1856. Ia bermula apabila para pekerja di sana mengambil keputusan untuk berhenti daripada bekerja sebagai demonstrasi untuk mencapai hari bekerja 8 jam sehari... Mulanya mereka menganjurkan ini untuk tahun 1856 sahaja tetapi perayaan pertama ini memberi kesan yang sangat kuat kepada para proletariat sehingga mewujudkan demonstrasi baru sebelum keputusan dicapai untuk mengadakan perayaan ini pada setiap tahun...

Di Amerika Syarikat plak perarakan hari buruh yang pertama telah diadakan pada 5Sept 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York... Tetapi kebanyakkan pekerja yang lebih radikal mahukan 1 Mei sebagai perayaan hari buruh sebagai mengingati jasa pekerja di sana... Pada masa tu ldbih 200, 000 pekerja meninggalkan kerja dan menuntut masa bekerja 8 jam sehari... Selepas itu pihak polis dan serangan perundangan menghalang demonstrasi tersebut selama beberapa tahun... Pada tahun 1887 Presiden Grover Cleveland memilih Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh di AS.... Beliau tidak memilih 1 Mei kerana bimbang pekerja akan mengingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886... Pada tahun 1894, Presiden Grover dengan rasminya mengisytiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh pada setiap tahun...

Gerakan pekerja di Eropah pula mula menjadi kuat.. Perluahan paling kuat berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889... Di kongres ini yang dihadiri oleh 400 wakil bersetuju tuntutan pertama yang perlu dibuat adalah hari bekerja 8 jam... Wakil pekerja dari Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux membuat tuntutan ini di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa... Wakil pekerja dari Amerika menarik perhatian kepada keputusan untuk bermogok pada 1 Mei 1890... Kongres kemudian membuat keputusan untuk membuat perayaan antarabangsa ini pada tarikh 1 Mei....

Mulanya keputusan diambil untuk menyambut perayaan pada 1 Mei 1890 itu sahaja... Tiada siapa yang membincangkan untuk menyambut perayaan itu pada setiap tahun... Tetapi tiada sesiapa dapat meramalkan idea ini telah berjaya dengan pantas dan diamalkan oleh semua pekerja sehingga membuatkan mereka berpendapat hari pekerja mesti disambut pada setiap tahun...

Di Malaysia sambutan Hari Pekerja bermula pada 1 Mei 1972... Pengisytiharan ini adalah hasil daripada usaha gigih para proletariat pada masa itu untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan...

Itulah cite nya yang aku dapat daripada pak cik Google... Kalau nak tahu lebih lagi sila la bertanya sendiri dengan Google sendiri ek...

Apa pun selamat bercuti kepada semua pekerja... Rest dan rilex... Hilangkan segala stress... Esok boleh la sambung keje balik dengan lebih bersemangat....






I-CITY SHAH ALAM

Baru2 ni aku ke I-City lagi... Ni dah kali keberapa pun aku tak ingat dah sebab dah banyak kali pegi... Last aku gi kalau tak silap bulan 5 ke 6 tahun lepas... Kali ni gi sebab biras aku ajak...

I-City sekarang dah makin best... Game sume dah siap... Rasa cam ada kat Korea pun ye gak... Lampu2 pun dah makin banyak dan makin cantik...

Aku tak leh lagi nak cite banyak2 pasal game tu sebab hari tu aku gi tak sempat nak main apa pun sebab hujan... Masuk dalam 15 minit je terus hujan turun... Nasib baik si kecik sempat naik marry go round kegemaran dia tu... Yang aku tau satu game dia caj RM5 sorang... Cam ok je harga dia kan... Ke mahal...??

Nanti nak gi lagi... Nak main sume game yang ada sebab rasa cam best je game2 tu sume... Nak masuk snow walk skali...

sapa yang excited lebih ni sebenarnya...??






KARNIVAL KANAK-KANAK PUTRAJAYA

Last Sunday kat Presint 9 Putrajaya telah diadakan Karnival Kanak-kanak... Karnival ni dianjurkan oleh PAS Putrajaya... Nape? Tak percaya aku leh terjebak ngan aktiviti berkaitan dengan politik nih...?

Ala... Aku tak kisah sapa pun yang anjurkan... Aku gi sebab nak bawak si kecik tu berseronok... lagipun dekat je ngan umah aku...

Macam2 aktiviti ada... Mulanya nak bawak dia masuk pertandingan berwarna tapi tak sempat sebab dah lambat... Penyertaan dah tutup... Nak buat face painting pun tak boleh sebab ramai sangat nak kena beratur....

Yang dapat pun main berebut gula2 je... Ok lah.. Ajar dia bersosial secara sihat ngan rakan2 sebaya... Ni 1st time dia masuk game camnih... Banyak gak dia dapat gula2...

Apa yang buat dia happy sangat sebab dapat jumpa maskot mickey mouse... Kartun fav dia tuh.. Punya excited la dia bila nampak maskot tu... Terlompat2 nak amik gambar...

Tapi tak sempat nak bagi dia tengok persembahan magic sebab Mr. Hubby nak balik... Dia dah janji ngan kawan2 dia nak gi kenduri kat Klang... Kalau tak mesti si kecik tu seronok tengok...


apsal ibu yang terlebih excited nih...??


amik bagi ibu.. good girl.. :))
ni lah hasilnya.. banyak jugak dia dapat...