Hari ni PICC dah berjaya buat satu aktiviti yang pastinya membuatkan sume orang enjoy walaupun mungkin perlu dipapah untuk ke ofis esok... :p
CYCLING FOR FUN.... Nama pun dah fun kan.. So haruslah sume orang pun fun ngan aktviti nih...
Mula2 dapat tahu PICC nak buat aktiviti nih memang aku excited habis.. Maklumlah dah lama tak berbasikal... Tapi bila dapat tahu perjalanan untuk kayuh basikal tu adalah 8.2 km iaitu bermula di PICC ke Masjid Besi dan patah balik ke PICC buatkan aku rasa cam tak sanggup nak berkayuh... Tak yakin dengan kemampuan diri sendiri memandangkan dah lama sangat tak berbasikal...
Disebabkan aku tengok sume orang bersemangat gila nak mengayuh aku pun redah je lah... Siap plan ngan Anna sampai sekerat jalan nak patah balik...
Tapi itu lah, betul orang cakap belum cuba belum tahu... Aku berjaya tamatkan kayuhan tanpa mengalami sebarang kepenatan yang melampaui batas... Jangan tak tahu aku dan Anna adalah pompuan terawal yang sampai... Beza sikit je ngan lelaki2 yang mula2 sampai tu...
Bangga tak...??? Hehehe...
Cuma yang tak bestnya sebab dorang bagi basikal kat pompuan takde gear... Terpaksa la aku sorong je basikal masa nak naik bukit kat PICC nih... Memang tak mampu nak kayuh...
Pape pun aku memang enjoy sangat ngan aktiviti nih... Tetiba semangat plak rasa nak beli basikal... Lenkali buat lagi k... Buat jauh2 lagi... Hahaha.. Berlagak nak m****s....
posing dulu sebelum mula mengayuh |
separuh perjalanan.. rest dulu.. tunggu sume sampai... maklumlah sampai awal sangat :p |
kami semua |
nampak cam bersungguh benar mengayuh padahal time ni turun bukit.. memang la laju.. |
muka selepas sampai... dah tak berdaya nak senyum |
** Dulu hari2 kayuh basikal gi sekolah..
No comments:
Post a Comment