Semalam tertengok kat TV3 pasal skyrunner ni... Aku pun tak tahu sangat pasal skyrunner ni... Tapi semalam tengok dorang main benda alah ni cam best je... Kalau tak silap aku skyrunner ni masih baru lagi kat Malaysia ni... Tapi ye ke...? Sapa2 tahu boleh confirmkan... Aku sendiri pun 1st time tengok skyrunner ni masa Himpunan Sejuta Belia 2011 kat Putrajaya... Mula2 cam jakun la kan tengok apa ke bendanya la yang dorang dok pakai kaki besi pastu terlompat2... Ingatkan orang OKU... Tapi rupa2 nya itu cara baru dalam bersukan...
Aku sememangnya kurang berminat dengan sukan extreme ni.. Tapi semalam masa aku tengok kat TV3 tu memang nampak best sangat main skyrunner ni... Boleh lompat tinggi2... Boleh la lepaskan tension n stress... Yang paling menariknya main skyrunner ni boleh turunkan berat badan... Wah.. Ini sudah bagus... Harus cari ni kat mana boleh main skyrunner ni... Nak beli cam mahal la pulak... Cek kat tenet harga dalam RM700-900...
Sedikit info pasal skyrunner yang diambil daripada Berita Harian... Quite interesting....
Skyrunner
pada asasnya adalah satu bentuk peralatan rekreasi sukan spring yang
dikawal menerusi tekanan daripada gerakan serta lompatan. Tambahan
beban yang dicetuskan menerusi pergerakan itu memastikan spring
dilenturkan dengan mudah sekali gus memberi tindak balas semula jadi.
Struktur
besi yang disambungkan dengan spring khas, memberi keseimbangan dalam
pengendalian Skyrunner. Biarpun pada awalnya agak sukar mengendalikan
komponen sukan ini, ia dengan mudah disesuaikan dalam tempoh kurang 15
minit.
Selain aksi lompatan sehingga dua meter tinggi,
langkah yang dibuat melalui Skyrunner mampu mencapai tahap kelajuan
hingga 30/kmj.
Hasilnya, pengendali mudah untuk
melakukan pelbagai aksi dan gerakan sama ada lompatan, berlari, aksi
gaya bebas hinggalah kepada ciri ekstrem mengikut keperluan dikehendaki.
Berdasarkan
fakta, Skyrunner amat berkesan untuk menurunkan berat badan. Melalui
latihan selama 30 minit sehari selama sebulan, pemain Skyrunner mampu
menurunkan berat badan sehingga tujuh kilogram.
Pada masa yang sama, Skyrunner mampu menghilangkan tekanan, menjimatkan masa bersukan dan memastikan tubuh fizikal kekal sihat.
Skyrunner
turut membantu membina dan menguatkan otot tubuh pada bahagian betis,
peha, dada, bahu dan lengan. Hasilnya, bentuk badan bertambah menarik
dan mantap tanpa masalah buncit atau boroi.
Muncul
antara produk sukan dan rekreasi terlaris di Amerika Syarikat (AS),
Eropah, Australia dan Asia lain, rasanya belum terlambat untuk mencipta
keunikan bersama Skyrunner. Ditambah dengan saiz peralatan mengikut
berat badan, alat ini dijual pada harga dari RM799 hingga RM899.
|
ni la rupa benda yang dorang pakai kat kaki untuk membolehkan dorang melompat tinggi... |
Menarik kan...? Jom cuba....
No comments:
Post a Comment