Belum terlambat lagi kot nak ucapkan Gong Xi Fa Chai kepada semua yang menyambutnya.... Tahun ni tahun ular... Tahun rezeki katanya.....
Menurut pakar feng shui yang juga Presiden Institut Sains Geomancy Malaysia (Mings) Prof Joe Choo, warna bertuah untuk tahun ni adalah warna biru, hijau dan ungu... Warna biru yang melambangkan air adalah warna paling baik untuk tahun ni... Manakala warna merah yang melambangkan api dan warna kuning yang melambangkan bumi adalah warna yang kurang memberangsangkan untuk tahun ni....
Tarikh yang paling sesuai untuk meneruskan perniagaan selepas tahun baru adalah pada 17 Februari,.... Nampaknya lama la kedai2 cina tutup....
Industri yang cenderung dalam keadaan baik pula adalah seperti insurans dan kewangan, kewartawanan dan pendidikan, logam dan perniagaan yang berkaitan dengan mineral... Manakala industri yang berkaitan dengan tanah dan unsur api seperti hartanah, pembinaan, cat dan telekomunikasi mungkin tidak berjalan dengan lancar....
Menurutnya lagi tarikh yang sesuai untuk berkahwin, melahirkan anak dan memulakan perniagaan adalah pada 11 Februari, 12 April, 10 Ogos, 9 Oktober dan 8 Disember....
Pengasas Mings yang juga pakar feng shui, Master David Koh pula berkata tahun ni adalah 'Tahun Selesa' untuk Rakyat Malaysia....
More info klik
here
Ni plak personaliti orang yang lahir pada tahun ular....
Yin/Yang: Yin
Unsur tetap: Api
Sifat positif: Berfikir panjang, bijaksana, mistik, lemah lembut, sensual, kreatif, cermat, pintar, bercita2, berbudi bahasa, berwaspada, bertanggungjawab, tenteram, kuat, setia, tekad
Sifat negatif: Penyendiri, komunikasi teruk, cemburu, hedonis, ragu diri, sentiasa menaruh kesangsian terhadap orang lain, pendusta
Nak tengok personaliti untuk tahun lain klik
sini
Ni info yang aku dapat dari
wikipedia
Sesiapa
yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan
lahir pada "Tahun Ular," serta juga membawa lambang unsur yang berikut:
Sifat |
|
Kedudukan zodiak |
ke-6 |
Waktu naungan |
9 – 11 pagi |
Mata angin |
Tenggara-selatan |
Musim dan bulan |
Musim panas, Mei |
Bulan qamari |
5 Mei hingga 5 Jun |
Zodiak Barat yang bersamaan |
Taurus |
Polariti |
Yin |
Sifat positif |
Bijaksana, berfikiran secara mendalam, pandai, lojik, praktikal, cerdas, kreatif, belas kasihan, berwaspada |
Sifat negatif |
Cemas, malas, berahsia, manipulatif, tidak endah, naif, cerewet |
Paling serasi |
Lembu, Ayam, Naga |
Sederhana serasi |
Tikus, Anjing, Kambing |
Tidak serasi |
Arnab, Kuda, Kera, Harimau, Khinzir |
Pape pun ini semua hanya ramalan... Kepada yang beragama Islam tu ingat kita tidak boleh percaya dengan benda2 ni semua... Syirik....
** tahun anjing....